30 May 2009

CERAMAH PERDANA: ISU-ISU SEMASA


MUKMATAR BAGI SESI 2009-2011

MUKTAMAR TAHUNAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
Parti Islam Semalaysia (PAS) kali ke - 50
10 Jumada Al-Akhir 1430 / 4 Jun 2009
Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar,
Gombak Selamgor.

29 May 2009

Jangan terheret dengan permainan musuh - Salahudin Ayub

KUALA LUMPUR, "Ulama menjadi teras kepimpinan PAS. Profesional sebagai tiang seri manakala aktivis parti pula sebagai paksi perjuangan. Salah satu patah, PAS akan tumbang. Bermakna janganlah kita terheret kepada permainan musuh untuk memisahkan kita."

Demikian petikan kata-kata peransang Ketua Pemuda PAS yang mengakhiri khidmat secara rasminya pada Muktamar Jun depan, Salahuddin Ayub berhubung kekuatan PAS selama ini mendepani cabaran dan asakan musuh daripada luar.

Katanya Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sudah menjelaskan dalam ucapan akhir dalam seminar, Jubli Perak Ulama di Taman Mewar tempoh hari bahawa tidak ada satu bentuk dikotomi antara ulama dan bukan ulama.

"Saya percaya dan yakin, kepimpinan ulama mesti terus dan diperlukan dalam parti. Dikotomi itu tidak perlu wujud.

"Insya-allah PAS akan kukuh, dan tidak ada sesiapa dalam PAS yang akan melakukan kerja-kerja jahil untuk meminggirkan kepimpinan ulama ini," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Harakah di pejabat media itu petang semalam.

Dalam pada itu, beliau juga berharap anasir tidak sihat yang dimainkan oleh musuh tidak menular ke dalam sayap kanan parti itu dan mahu Pemuda PAS terus tampil sebagai wadah yang mempunyai agenda, gagasan dan idealisme yang segar untuk terus berada di hati rakyat pelbagai lapisan di samping membela isu-isu rakyat dan masalah sejagat.

"Jangan rosakkan Pemuda PAS dengan panggilan dan label-label yang dilemparkan oleh musuh kita tetapi tampil dengan pemikiran yang segar, kuat dan kontemporari," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

from Harakahdaily.net

28 May 2009

SAJAK PERJUANGAN

DI DALAM jemaah perjuangan Islam,
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama,
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula.

Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua.

Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya,
orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi,
payah sampai ke hujung perjuangannya.

Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji,
jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran,
bahkan bila teruji selalu sahaja,
menyalahkan kawan atau pemimpin.

Biasanya orang yang boleh kekal,
di dalam perjuangan kebenaran,
dari permulaan hingga ke destinasinya adalah,
orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya,
orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja,
yang boleh menerima khawariqul ‘adah,
tanpa logik akalnya.

Orang yang tidak ada sifat Takabur dan ego,
orang yang mudah sentiasa taat kepada Allah dan setia kepada kepimpinan,
orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya,
orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya,
orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai,
orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya,

Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung,
berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan islam,
yang dipimpin oleh ulamak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
yang membawa parti perjuangan islam ialah Parti Islam Semalaysia (PAS)
Takbir...!!! Takbir...!!! Takbir...!!!
.
Oleh: MOHD RAFIQ

27 May 2009

Ketua Umno Bahagian Pandan, dituduh RASUAH!!!!!!!!!

ABDUL GHANI didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan rasuah semalam.

Abd Ghani didakwa 10 tuduhan terima rasuah RM200,000

KUALA LUMPUR: Ketua Umno bahagian Pandan, Abd Ghani Ismail, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas 10 tuduhan menyalahguna kuasanya sebagai Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan menerima rasuah berjumlah lebih RM200,000 bagi meluluskan tender, antara 2006 dan 2007.

Tertuduh, Abd Ghani, 42, mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Bagi tuduhan pertama hingga kesembilan, dia sebagai Ahli Majlis dituduh menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob sebagai balasan bagi mendapatkan tender Zon 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta tender Zon PB 16 membabitkan kerja pembersihan kawasan di Pandan Jaya daripada MPAJ.

Abd Ghani dituduh menerima wang itu dua tempat berasingan iaitu di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B dan di depan Blok E, Jalan 4/76B, kawasan Desa Pandan di sini, antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007.

Bagi tuduhan ke-10, Abd Ghani dituduh secara rasuah memperoleh bagi dirinya satu suapan iaitu memberi arahan kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd (Dwisakti) supaya melantik Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Dwisakti di Pandan Jaya, di sini, pada 1 Mei 2006.

Bagi semua tuduhan itu, Abd Ghani didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM25,000 bagi semua tuduhan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan kes dan membenarkan tertuduh dijamin RM23,000 dengan seorang penjamin bagi semua tuduhan.

Najib diusir dari Seri Perdana

Putra Jaya 27 Mei (Hrkh) -Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana baginda telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan baginda di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat dan beberapa ahli BN yang mula menyokong Pakatan Rakyat telah berjumpa baginda di Istana Negara dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato� Seri Abdul Hadi Awang atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat baginda juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan, beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Selanjutnya:
.

26 May 2009

Mogok Lapar Mendesak DUN dibubarkan


PERAK- Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.
Mereka ditangkap sewaktu berarak dari tapak program tersebut di pejabat DAP Perak ke mahkamah tinggi untuk menyaksikan satu saman difailkan terhadap kerajaan negeri BN yang memecat ketua-ketua kampung.

Tujuh ADUN yang ditahan: Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).
Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, tidak termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan ‘Bubar DUN’ turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Kira-kira jam 4.20 petang ini, semua 19 orang itu dibebaskan dari ibu pejabat polis kontinjen Perak di Ipoh.

Rampas tetap rampas: Dr Hassan

26 Mei 2009, Kg Nakhoda, Batu Caves - “Qadiani Agama Islam”, itulah yang ter’tulis’ pada papan kenyataan di luar bangunan Baitussalam, Jemaah Ahmadiyah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Qadiani.

Krew PemudaGombak.Com mendapati papan tanda itu adalah yang telah diconteng daripada kenyataan asalnya yang berbunyi “Qadiani Bukan Agama Islam”.

Papan kenyataan tersebut dipasang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak beberapa bulan lalu.

Memetik kenyataan Dato’ Dr Hassan Ali daripada Sinar Harian hari ini; Kerajaan negeri sedang di peringkat terakhir mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ajaran Qadiani untuk merampas tanah yang didirikan bangunan sebagai pusat penyebaran ajaran mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, usaha untuk merampas tanah itu akan tetap diteruskan biarpun sekiranya mendapat halangan dari pihak terbabit.

Menurut Dr Hassan, sebelum tindakan itu dilaksanakan pihaknya perlu mengumpulkan bukti-bukti yang mencukupi dan mengesahkan bahawa status tapak bangunan berkenaan yang hanya dibenarkan untuk tempat kediaman tetapi sebenarnya telah dijadikan pusat beribadat termasuk menyebarkan ajaran mereka.

“Rampas tetap rampas dan sebab itu kita perlu kumpulkan bukti-bukti yang kukuh dan semua ini sedang dalam peringkat yang terakhir sebelum tindakan merampas dikeluarkan tidak lama lagi.

“Kita juga memerlukan data-data konkrit yang lebih terkini dan terperinci untuk ditunjukkan dan diadakan bukti sekiranya kes ini dicabar di mahkamah kelak,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan program Hari Keluarga anjuran Persatuan Pendu-duk dan ahli Majlis Zon 13, Khatifah Zamani di Apartmen Casmaria, Batu Caves di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, Pejabat Tanah Daerah Gombak akan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Kanun Tanah Negara dan dalam masa yang sama menekankan supaya kes tersebut perlu kukuh dengan kenyataan yang benar dan sahih sebelum tindakan merampas dilakukan.

Menurut Dr Hassan, walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengeluarkan arahan dan surat kepada pihak terbabit pada 24 April lalu, supaya tidak mendirikan solat Jumaat di bangunan berkenaan namun baru-baru ini beliau menerima laporan ajaran itu masih menunaikan solat di premis tersebut.

"Minggu amaran itu dikeluarkan memang mereka tidak solat Jumaat di situ jadi tidak dapat untuk mengambil bukti gambar dan kenyataan.

“Bagaimanapun laporan terbaru yang diterima mereka telah menunaikan solat Jumaat di bangunan itu baru-baru ini walaupun arahan telah dikeluarkan dan bukti-bukti seperti ini yang diperlukan,” katanya.

Menurut beliau, JAIS juga perlu melakukan pemantauan secara berterusan sehingga tanah itu dirampas dan ajaran itu tiada lagi di kawasan ini.

Untuk rekod, ajaran Qadiani dikategorikan sesat apabila meminta pengikutnya mempercayai ada nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w iaitu Mirza Ghulam Ahamad. Difahamkan juga, ajaran itu mempunyai lebih 500 pengikut di seluruh negeri ini

Tribulasi Mematangkan PAS – Ustaz Fauzi Hussein

Naqib jemputan, Ustaz Fauzi Hussien sedang memberikan pengisian.

Ketua Pemuda, ustaz Syarhan Humaizi sedang memberikan penggulungan usrah.
Wajah-wajah para pejuang pemuda Gombak
26 Mei 2009, Taman Melawati, Hulu Klang – Perjuangan PAS yang penuh dengan ranjau dan duri sepanjang hampir 60 tahun penubuhan PAS, telah mematangkan parti tersebut.

Itulah yang telah ditegaskan oleh Ustaz Fauzi Hussin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, di dalam usrah gabungan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) yang bertajuk “Mehnah dan Tribulasi di dalam Perjuangan”.

Beliau yang menjadi naqib jemputan di dalam program rutin DPPG itu memperincikan pelbagai jenis ujian dan rintangan yang dihadapi oleh para pejuang-pejuang PAS termasuklah ISA, ancaman bunuh, dipenjara dan sebagainya.

“Malah ada di kalangan pejuang-pejuang PAS yang syahid di dalam perjuangan ini, seperti di dalam tragedi Memali”, katanya sambil disambut oleh laungan takbir oleh para pemuda.

Beliau turut menceritakan tentang kisah di sebalik peristiwa berdarah yangberlaku di Memali, serta kisah-kisah para pejuang PAS yang pernah dimasukkan ke penjara ISA, dan kisah-kisah perjuangan pemimpin-pemimpin HAMAS di Palestin.

Ujian-ujian inilah yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang matang dan ia mejadi medan penapisan ahli bagi memilih pejuang-pejuang yang benar-benar layak sahaja untuk mendapat nikmat syrga Allah.

Hari ini, selepas PAS mencapai era “kemenangan”, ujian-ujian berbentuk kebendaan dan material pula menjadi ujian kepada para pejuang.

“Sekarang ini, jawatan, habuan dunia, wang elaun pula yang menjadi ujian oleh para pejuang-pejuang PAS yang tidak dihadapi oleh para pejuang terdahulu”, tegasnya.

Program bulanan yang mencatat kehadiran kira-kira 70 orang ini menghimpunkan pemuda-pemuda kawasan Gombak daripada ketiga-tiga DUN; Hulu Klang, Gombak Setia dan Batu Caves.

Ia adalah program rutin secara bulanan yang diamalkan oleh DPPG semenjak hampir 10 tahun yang lalu.

Di akhir usrah gabungan tersebut, pelancaran blog rasmi DPPG, http://www.pemudagombak.com/ telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim.
.
Beliau juga turut mengulas tentang peranan pemuda Gombak untuk memberi komitmen di dalam perjuangan ini sementelah masih belum lagi diberi ujian sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Fauzi.
.
Diambil daripada blog www.PemudaGombak.Com:

24 May 2009

Ahli baru bukan punca gejala politik wang!

Keratan Laporan Sinar Harian 24/5/2009

Penghijrahan Ahli-Ahli UMNO atau orang ramai yang menyertai PAS bukan faktor menularnya amalan sagu hati ataupun politik wang.

Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, pihaknya tidak melihat kemasukan ahli-ahli baru sebagai penyebab wujudnya budaya tidak sihat kerana PAS mempunyai Mekanisme tersendiri untuk membentuk dan mendidik ahli-ahli terutama dalam proses Tarbiyyah yang menjadi asas kepada kekuatan parti selama ini.

Menurutnya, PAS Gombak mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru dan di Gombak telah mempunyai 10 Cawangan baru parti PAS yang membuktikan penghijrahan ahli-ahli UMNO ke dalam PAS.

Menurutnya, penghijrahan ahli-ahli baru ke dalam PAS adalah bukti kesediaan dan keikhlasan mereka terhadap dasar perjuangan PAS yang berpaksilan Islam, dan UMNO sebenarnya Takut, Bimbang dan Cemburu kerana PAS semakin mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan termasuk penghijrahan ahli-ahli UMNO sendiri menyertai PAS seperti bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatang (PJS), Kapten (B) Datuk Zahar Hashim ke dalam PAS.

21 May 2009

Siri Kuliah Haraki : Mantapkan perkaderan

Ustaz Yusainie sedang semangat menyampaikan taujihad
walaupun baru tiba dari Perlis pada sebelah pagi.


Ahli UKJ Batu Caves dan ahli cawangan sedang tekun mendengar
kuliah yang disampaikan

Giliran cawangan Taman Selayang menjadi tuan rumah
kuliah haraki pada bulan ini.



Menikmati jamuan nasi lemak bungkus selepas tamat kuliah
Hj. Roslan, Pengarah MTD Batu Caves sedang membeli air gau
yang dibacakan dengan 30 juzuk ayat quran berserta doa2 dan selawat syifa' yang terpilih


Taman Selayang - Pada bulan ini seperti biasa pada minggu ketiga bulan, UKJ Batu Caves menjemput naqib jemputan dari utara tanah air, kali ini giliran Al-Fadhil Us. Yusainie Timbalan Ketua DPPN Perlis menyampaikan taujihad dan ilmu-ilmu perjuangan. Beliau telah menekankan aspek perkaderan di dalam program-program dalaman seperti usrah.
Pentarbiyahan itu boleh didapati secara umum seperti kuliah-kuliah masjid dan surau tetapi perkaderan hanya ada dalam majlis seperti usrah dan tamrin. Justeru dalam intima' para pemuda dalam jamaah ini kekuatan kerohanian itu adalah penting dalam memastikan gerak kerja parti berjalan lancar.
Perjuangan di dalam harakah islamiyyah ini tidak hanya bersandarkan kekuatan fizikal dan mental semata-mata. Justeru beliau menyeru agar istiqamah dalam berusrah,iftar jamaie,qiammullail dan pelbagai pengisian rohani yang mampu menguatkan jamaah dan mendapat keredhaan Allah. Beliau juga juga membidas sesetengah tempat yang menjalankan usrah yang hanya membincangkan isu-isu semasa semata-mata, tiada lagi membaca al-quran secara bergilir-gilir dan akan ditafsir oleh naqib. Jika ini tidak berlaku lagi maka malang bagi sebuah jamaah yang memperjuangkan Al-quran dan As-Sunnah tetapi ahli-ahlinya kosong dari penghayatan Al-Quran. Beliau menyeru agar memperbanyakkan program-program tarbiyah & perkaderan dan menambaik pengisian-pengisian dalam program tarbiyah yang amat penting ini.Insya Allah UKJ Batu Caves akan sentiasa menghidangkan program berbentuk haraki sebegini sekerap yang mungkin, mudahan-mudahan akan mendapat segala kebaikan. wallahu'alam

15 May 2009

HARI GURU

YB Amirudin (ADUN) Batu Caves, Menyampaikan hadiah hamper semperna Hari Guru Kepada setiap Sekolah dan Tadika dikawasan DUN Batu Caves, Kerjasama dengan Pemuda PAS Batu Caves. Beliau dibantu oleh Sdra Azizul Abu Bakar Timb.Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak.
photo by Unit IT Batu Caves - Rafiq

BANJIR LUMPUR

Gombak: beberapa kampung di DUN Batu Caves telah menaiki air disebabkan hujang lebat petang kelmarin, yang paling teruk ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sg. Kertas dan Kampung Melayu Batu Caves.

photo by Unit IT Batu Caves - Rafiq

Bantuan diberikan oleh YB Amiruddin dan Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan kerjasama:
Jawatankuasa Penduduk (JKP).
Jawatan Keselamatan Kampung (JKK Nakhoda).
Jabatan Pertahanan Awam (JPA).
Pemuda PAS Batu Caves (UNIT AMAL).

Lebih 60 orang anggota-anggota JPA, UNIT AMAL, JKP,JKK. Di ketuai oleh
YB Amiruddin (ADUN Batu Caves).
Ustaz Hasbullah (Ahli Majlis MPS).
Ustaz Zakaria (Ketua Kampung Nakhoda).
Ustaz Salehuddin Nasir (YDP PAS Gombak).
Ustaz Syarhan (Ketua Pemuda PAS Gombak).

Rakyat Makin Pening Jika DUN Perak Tidak Dibubarkan - Mahfuz

YB Dato' Hj Mahfuz Omar Sedang menyampaikan ceramah


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Hj Mahfuz Omar menegaskan bahawa situasi di Perak sekarang ini akan membuatkan rakyat jelata semakin pening dan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan semula.

Berucap di dalam ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak di Dewan JKKK Kampung Melayu Batu Caves semalam, situasi sekarang bekan sahaja memeningkan rakyat umum malah mengheret istana ke kancah kecelaruan.

“Kelmarin dahulu (Dato’ Sri) Nizar yang mengiringi pemangku Sultan, Raja Nazrin. Kemudia keesokan harinya pula, (Dato’ Dr) Zambry pula yang mengiringinya. Raja pun pening gara-gara perbuatan UMNO” katanya di dalam ceramah tersebut.

Tegasnya, apa yang berlaku hari ini menampakkan kelemahan pentadbiran Malaysia kepada duni dan akan menjejaskan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“UMNO dan BN sebenarnya tahu sekiranya mereka membuat pilihan raya kecil, mereka akan kalah teruk, maka dengan itu mereka perlu mengelakkan daripada berlakunya pembubaran DUN”, katanya lagi.

Di dalam ceramah yang sama, YDP PAS Kawasan Gombak yang baru turut memberikan ucapan dan ini merupakan ceramah sulungnya di dalam kawasan Gombak selepas muktamar agung kawasan ini berlansung pada 26 April yang lalu.

Ceramah yang merupakan kali pertama diadakan di Dewan berkenaan semenjak PAS dan PR mengambil alih negeri Selangor di dalam tsunami politik pada Mac 2008, dipengerusikan oleh Ustaz Farhan, Ketua Urusan Ulama' PAS Gombak.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Syarhan, selaku wakil penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tuan rumah.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh para AJK Pemuda PAS Gombak, para penduduk sekitar Gombak dan Batu Caves, serta SB-SB yang bertugas.

P/S: Saya terjumpa seorang SB yang seya kenali semenjak daripada kampus. Kiranya porgram jejan kasihlah. :)
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan sedang berbisik sesuatu kepada YB Dato' Mahfuz, sambil diperhatikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ceramah

photo by Unit IT Batu Caves - Afyan

14 May 2009

CERAMAH UMUM

LAWATAN KERJA YDP KE DUN BATU CAVES

Ustaz Salehidin Nasir YDP PAS Kawasan Gombak,
mengadakan Lawatan Kerja Ke DUN Batu Caves di
Dewan Anggerik Kompleks Sukan Sri Siantan semalam .

Terut menghadiri majlis ini ialah:
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah.
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi.
Ketua Kampung Nakhoda, Ustaz Zakaria.
dan lebih 60 orang telah menghadiri majlis ini

YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ucapan

Ketua DPPNSelangor, Ustaz Hasbullah sedang menyampaikan ucapan

Orang ramai yang menghadiri sedang menyanyi lagu tema PAS dengan penuh bersemangat perjuangan islam dalam Parti Islam Semalaysia (PAS)

Lawatan YDP PAS Kawasan Gombak adalah kali pertama selepas beliau mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Gombak baru-baru ini.

photo by Unit IT Batu Caves - Rafiq

11 May 2009

Lagi-lagi Transformasi

Transformasi 1

Photo by Unit IT Batu Caves -Rafiq


  1. Ustaz Hasbullah Ridzuan, mantan Ketua Pemuda PAS Gombak, dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Selangor bagi sesi 2009-2011, bagi menggantikan Ustaz Salehin Mukhyi yang melepaskan jawatan tersebut lantaran melepasi had umur.
  2. Beliau menang tanpa bertanding di dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, yang berlangsung pada 10 Mei 2009 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Selangor.
  3. Jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda turut dimenangi oleh Sdra Ahmad Zaidy (Selayang) dan Sdra Sany Hamizan (Hulu Langat), juga tanpa pertandingan.
  4. Justeru, UKJ Batu Caves, Pemuda PAS Gombak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Hasbullah atas pemilihan tersebut dan mengucapkan selamat bertugas kepada beliau.
  5. Hidup Pemuda Gombak!!!
  6. TAKBIR......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Transformasi 2
  1. Pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.
  2. Ceramah sempena keputusan ini diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Selangor pada malamnya dihadiri lebih daripada 30 ribu penyokong pakatan rakyat.
  3. Kesesakan lalu lintas bermula daripada Greeenwood sehingga ke Taman Melewar bermula daripada jam 9 malam sebelum bermula ceramah, sehingga jam 1 pagi selepas ceramah.
  4. UKJ Batu Caves, Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Nizar atas kemenangan tersebut.
  5. Hidup Rakyat, Makkal Sakhti!!

Tahniah Dato' Seri!!!
(Gambar ketika beliau merasmikan Muktamar PAS Gombak baru-baru ini)

07 May 2009

MARUAH UMNO BN TERCAMPAK DALAM TONG NAJIS KHINZIR!

Beginilah hebatnya angkara durjana BN. Merampas sidang dan menidakkan kuasa speaker semata-mata tamakkan kuasa. Tragedi hitam yang menyayat hati ini jelas memperlihatkan bagaimana rakusnya BN merampas kuasa di Perak serta merobek kuasa speaker serta melacurkan demokrasi yang dipegang selama ini.

Photo by Unit IT Batu Caves - Rafiq

Perlantikan speaker haram yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan membelakangkan peraturan dewan serta mencabar kuasa speaker. Lihatlah bagaimana angkuhnya BN apabila mengingkari arahan speaker ketika speaker mengarahkan 10 ADUN keluar dewan kerana mereka ini masih digantung. Bukan setakat itu ADUN BN dengan biadabnya merampas speaker dengan menggantikan speaker yang baru walaupun pada hakikatnya usul bagi perlantikan speaker baru itu ditolak.

Tidak cukup dengan itu BN telah menggunakan Polis untuk menyeret keluar speaker dengan sehina-hinanya tanpa ada pertimbangan. Kedudukan speaker yang mempunyai tempat paling atas di dewan rakyat telah dinafikan. Inilah sebenarnya gambaran sebenar BN yang hanya pandai menggunakan media massa miliknya untuk menutup kebiadaban sebenar mereka.

Dalam Buletin utama TV3, Zambry dengan angkuh memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah menimbulkan kekecohan dan tidak menghormati dewan. malah beliau juga tanpa rasa bersalah mendakwa bahawa Pakatan rakyat mengamalkan undang-undang rimba pada hal mereka lah sebenarnya pendokong undang-undang rimba apabila mengingkari perintah speaker apabila diarahkan supaya keluar dewan terhadap 10 ADUN yang masih lagi dalam tempoh penggantungan. Di mana lagi letaknya nilai demokrasi sebenar.

Apakah demokrasi hanya diguna pakai atas kepentingan tertentu sahaja.

Di mana perginya pakar undang-undang. Banyak persoalan-persoalan yang wujud. Arahan siapakah pula yang menghalalkan polis memasuki dewan tanpa kebenaran speaker malah mengheret speaker keluar dan membawa menaiki kenderaan ke tempat yang tidak diketahui.

Apakah ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana telah menidakkan hak seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang. Tragedi hitam 7 mei ini telah memalitkan lumpur pada BN sendiri sebenarnya.

Rakkyat yang melihat kejadian ini sudah pasti akan melihat BN sebuah gagasan yang tidak bermoral dan rakus. Orang-orang yang lalu lalang dan sedang minum kopi di kawasan berhampiran juga khabarnya ada yang ditahan polis tanpa sebab. beberapa pemimpin parti pembangkang pula dimuatkan ke dalam trak untuk dihantar ke balai polis berhampiran.

Demokrasi kah ini? Adilkah ini? Pejuang bangsa dan agama kah ini? agama Islam tidak mengajar kita jadi begini. Agama-agama lain juga menyarankan supaya penganut-penganut agama berbuat baik. Ingatlah, BN adalah rakus. Rakus dalam semua keadaan. Rakus merampas kuasa dan rakus melacurkan demokrasi. Yang membantu orang yang rakus, jawablah nanti diakhirat.

Tuhan itu adil. Ustaz-ustaz dalam BN kenapa masih lagi mengunci mulut untuk memperbetulkan kerakusan BN ini. - warung pak katib

05 May 2009

Kuliah Haraki

Pada 20 April 2009 yang lalu Unit Kerja Jamaah (UKJ) Batu Caves telah mengadakan kuliah haraki yang diadakan setiap bulan. Seramai 52 orang telah menghadiri kuliah ini.Kuliah ini juga telah diadakan di Dewan JKKK Kg. Nakhoda. Naqib jemputan pada kuliah ini ialah Al-fadhil mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Sidek Nor yang juga pendakwah bebas. Pada majlis ini dijemput cawangan-cawangan yang berada di dalam Dun Batu Caves. Mudah-mudahan dengan adanya majlis seumpama ini ukhuwah di antara pemuda dan cawangan-cawangan semakin erat. Dalam pada itu dengan adanya majlis seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman ahli-ahli jamaah tentang wehdatul fiqh dan wehdatul amal serta kepentingan usrah dalam jamaah itu sendiri. Pihak UKJ Batu Caves ingin menyahut seruan kepimpinan pemuda kawasan dalam memperkasakan tarbiyah dan amal tarbawi. Inilah nadi dan jantung dalam perjalanan jamaah. UKJ Batu Caves juga istiqamah dalam mengadakan usrah mingguan iaitu setiap isnin dan iftar jamaie setiap khamis serta qiammullail setiap sabtu pertama bulan.UKJ Batu Caves juga merancang untuk meneruskan siri-siri kuliah haraki setiap bulan atau lebih kerap lagi. Semoga dengan segala usaha ini dapat memberi ilmu yang berguna dan mendapat keredhaan Allah s.w.t

Ketua UKJ Sdr. Fairuz sedang mempengerusikan majlis disamping naqib Al-fadhil ustaz Sidek Nor

Sebahagian para pemuda sedang khusyuk mendengar taujihad

Siri-siri pentarbiyahan akan terus diperkasakan


02 May 2009

SELAMAT HARI PEKERJA.

assalamualaikum

Pemuda PAS BC amat perihatin kedudukan semasa semua rakyat malaysia ketika ini yang berada dlm keperitan & jerih payah kehidupan di kota.

yg sebenarnya kita ini MISKIN!!

paras gaji yang rendah...rata2 kita semua hidup dlm kemiskinan di kota ini.....

Siapa kata tak ada? Ada sebenarnya. Cuma kelainannya kemiskinan di kota tidak diluahkan seperti kemiskinan di kampung.

Kalau ada yang miskin di kota, tentunya ada sesetengah pihak yang mengatakan individu yang miskin itu:-
  • Berkelulusan rendah
    Bukan semua orang berkelulusan tinggi dan yang berkelulusan rendah tidak sepatutnya didiskriminasi masa depan mereka.

  • Janganlah gatal nak kahwin
    Bukan semua orang sanggup hidup bersendirian. Orang miskin pun ada nafsu juga, takkanlah semua orang miskin nak kena puasa saja? Esok dah tua siapa nak jaga?

  • Bersyukur dengan apa yang ada
    Yang miskin terhimpit disuruh bersyukur, yang kaya-raya itu guna peluh siapa jadi berada begitu?