15 May 2009

Rakyat Makin Pening Jika DUN Perak Tidak Dibubarkan - Mahfuz

YB Dato' Hj Mahfuz Omar Sedang menyampaikan ceramah


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Hj Mahfuz Omar menegaskan bahawa situasi di Perak sekarang ini akan membuatkan rakyat jelata semakin pening dan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan semula.

Berucap di dalam ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak di Dewan JKKK Kampung Melayu Batu Caves semalam, situasi sekarang bekan sahaja memeningkan rakyat umum malah mengheret istana ke kancah kecelaruan.

“Kelmarin dahulu (Dato’ Sri) Nizar yang mengiringi pemangku Sultan, Raja Nazrin. Kemudia keesokan harinya pula, (Dato’ Dr) Zambry pula yang mengiringinya. Raja pun pening gara-gara perbuatan UMNO” katanya di dalam ceramah tersebut.

Tegasnya, apa yang berlaku hari ini menampakkan kelemahan pentadbiran Malaysia kepada duni dan akan menjejaskan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“UMNO dan BN sebenarnya tahu sekiranya mereka membuat pilihan raya kecil, mereka akan kalah teruk, maka dengan itu mereka perlu mengelakkan daripada berlakunya pembubaran DUN”, katanya lagi.

Di dalam ceramah yang sama, YDP PAS Kawasan Gombak yang baru turut memberikan ucapan dan ini merupakan ceramah sulungnya di dalam kawasan Gombak selepas muktamar agung kawasan ini berlansung pada 26 April yang lalu.

Ceramah yang merupakan kali pertama diadakan di Dewan berkenaan semenjak PAS dan PR mengambil alih negeri Selangor di dalam tsunami politik pada Mac 2008, dipengerusikan oleh Ustaz Farhan, Ketua Urusan Ulama' PAS Gombak.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Syarhan, selaku wakil penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tuan rumah.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh para AJK Pemuda PAS Gombak, para penduduk sekitar Gombak dan Batu Caves, serta SB-SB yang bertugas.

P/S: Saya terjumpa seorang SB yang seya kenali semenjak daripada kampus. Kiranya porgram jejan kasihlah. :)
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan sedang berbisik sesuatu kepada YB Dato' Mahfuz, sambil diperhatikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ceramah

photo by Unit IT Batu Caves - Afyan

No comments:

Post a Comment