21 May 2009

Siri Kuliah Haraki : Mantapkan perkaderan

Ustaz Yusainie sedang semangat menyampaikan taujihad
walaupun baru tiba dari Perlis pada sebelah pagi.


Ahli UKJ Batu Caves dan ahli cawangan sedang tekun mendengar
kuliah yang disampaikan

Giliran cawangan Taman Selayang menjadi tuan rumah
kuliah haraki pada bulan ini.



Menikmati jamuan nasi lemak bungkus selepas tamat kuliah
Hj. Roslan, Pengarah MTD Batu Caves sedang membeli air gau
yang dibacakan dengan 30 juzuk ayat quran berserta doa2 dan selawat syifa' yang terpilih


Taman Selayang - Pada bulan ini seperti biasa pada minggu ketiga bulan, UKJ Batu Caves menjemput naqib jemputan dari utara tanah air, kali ini giliran Al-Fadhil Us. Yusainie Timbalan Ketua DPPN Perlis menyampaikan taujihad dan ilmu-ilmu perjuangan. Beliau telah menekankan aspek perkaderan di dalam program-program dalaman seperti usrah.
Pentarbiyahan itu boleh didapati secara umum seperti kuliah-kuliah masjid dan surau tetapi perkaderan hanya ada dalam majlis seperti usrah dan tamrin. Justeru dalam intima' para pemuda dalam jamaah ini kekuatan kerohanian itu adalah penting dalam memastikan gerak kerja parti berjalan lancar.
Perjuangan di dalam harakah islamiyyah ini tidak hanya bersandarkan kekuatan fizikal dan mental semata-mata. Justeru beliau menyeru agar istiqamah dalam berusrah,iftar jamaie,qiammullail dan pelbagai pengisian rohani yang mampu menguatkan jamaah dan mendapat keredhaan Allah. Beliau juga juga membidas sesetengah tempat yang menjalankan usrah yang hanya membincangkan isu-isu semasa semata-mata, tiada lagi membaca al-quran secara bergilir-gilir dan akan ditafsir oleh naqib. Jika ini tidak berlaku lagi maka malang bagi sebuah jamaah yang memperjuangkan Al-quran dan As-Sunnah tetapi ahli-ahlinya kosong dari penghayatan Al-Quran. Beliau menyeru agar memperbanyakkan program-program tarbiyah & perkaderan dan menambaik pengisian-pengisian dalam program tarbiyah yang amat penting ini.Insya Allah UKJ Batu Caves akan sentiasa menghidangkan program berbentuk haraki sebegini sekerap yang mungkin, mudahan-mudahan akan mendapat segala kebaikan. wallahu'alam

No comments:

Post a Comment