
Papan kenyataan tersebut dipasang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak beberapa bulan lalu.
Memetik kenyataan Dato’ Dr Hassan Ali daripada Sinar Harian hari ini; Kerajaan negeri sedang di peringkat terakhir mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ajaran Qadiani untuk merampas tanah yang didirikan bangunan sebagai pusat penyebaran ajaran mereka.

Menurut Dr Hassan, sebelum tindakan itu dilaksanakan pihaknya perlu mengumpulkan bukti-bukti yang mencukupi dan mengesahkan bahawa status tapak bangunan berkenaan yang hanya dibenarkan untuk tempat kediaman tetapi sebenarnya telah dijadikan pusat beribadat termasuk menyebarkan ajaran mereka.
“Rampas tetap rampas dan sebab itu kita perlu kumpulkan bukti-bukti yang kukuh dan semua ini sedang dalam peringkat yang terakhir sebelum tindakan merampas dikeluarkan tidak lama lagi.
“Kita juga memerlukan data-data konkrit yang lebih terkini dan terperinci untuk ditunjukkan dan diadakan bukti sekiranya kes ini dicabar di mahkamah kelak,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan program Hari Keluarga anjuran Persatuan Pendu-duk dan ahli Majlis Zon 13, Khatifah Zamani di Apartmen Casmaria, Batu Caves di sini, kelmarin.

Menurut Dr Hassan, walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengeluarkan arahan dan surat kepada pihak terbabit pada 24 April lalu, supaya tidak mendirikan solat Jumaat di bangunan berkenaan namun baru-baru ini beliau menerima laporan ajaran itu masih menunaikan solat di premis tersebut.
"Minggu amaran itu dikeluarkan memang mereka tidak solat Jumaat di situ jadi tidak dapat untuk mengambil bukti gambar dan kenyataan.
“Bagaimanapun laporan terbaru yang diterima mereka telah menunaikan solat Jumaat di bangunan itu baru-baru ini walaupun arahan telah dikeluarkan dan bukti-bukti seperti ini yang diperlukan,” katanya.

Menurut beliau, JAIS juga perlu melakukan pemantauan secara berterusan sehingga tanah itu dirampas dan ajaran itu tiada lagi di kawasan ini.
Untuk rekod, ajaran Qadiani dikategorikan sesat apabila meminta pengikutnya mempercayai ada nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad s.a.w iaitu Mirza Ghulam Ahamad. Difahamkan juga, ajaran itu mempunyai lebih 500 pengikut di seluruh negeri ini
Salam,
ReplyDeleteDatuk Hassan cadangan saya eloklah buat wawancara terbuka dengan Ahmadiyah/Qadini di Kg Nakhoda ini. Buat secara profesional dan siarkan secara terbuka, barulah masyarakat boleh menilai kebenarannya. Siasat dan muzakarah juga.