05 May 2009

Kuliah Haraki

Pada 20 April 2009 yang lalu Unit Kerja Jamaah (UKJ) Batu Caves telah mengadakan kuliah haraki yang diadakan setiap bulan. Seramai 52 orang telah menghadiri kuliah ini.Kuliah ini juga telah diadakan di Dewan JKKK Kg. Nakhoda. Naqib jemputan pada kuliah ini ialah Al-fadhil mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Sidek Nor yang juga pendakwah bebas. Pada majlis ini dijemput cawangan-cawangan yang berada di dalam Dun Batu Caves. Mudah-mudahan dengan adanya majlis seumpama ini ukhuwah di antara pemuda dan cawangan-cawangan semakin erat. Dalam pada itu dengan adanya majlis seumpama ini dapat meningkatkan kefahaman ahli-ahli jamaah tentang wehdatul fiqh dan wehdatul amal serta kepentingan usrah dalam jamaah itu sendiri. Pihak UKJ Batu Caves ingin menyahut seruan kepimpinan pemuda kawasan dalam memperkasakan tarbiyah dan amal tarbawi. Inilah nadi dan jantung dalam perjalanan jamaah. UKJ Batu Caves juga istiqamah dalam mengadakan usrah mingguan iaitu setiap isnin dan iftar jamaie setiap khamis serta qiammullail setiap sabtu pertama bulan.UKJ Batu Caves juga merancang untuk meneruskan siri-siri kuliah haraki setiap bulan atau lebih kerap lagi. Semoga dengan segala usaha ini dapat memberi ilmu yang berguna dan mendapat keredhaan Allah s.w.t

Ketua UKJ Sdr. Fairuz sedang mempengerusikan majlis disamping naqib Al-fadhil ustaz Sidek Nor

Sebahagian para pemuda sedang khusyuk mendengar taujihad

Siri-siri pentarbiyahan akan terus diperkasakan


No comments:

Post a Comment