28 May 2009

SAJAK PERJUANGAN

DI DALAM jemaah perjuangan Islam,
orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama,
Atau tidak akan ada ikut sama dari mula.

Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,
payah menerima semua.

Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya,
orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi,
payah sampai ke hujung perjuangannya.

Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji,
jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran,
bahkan bila teruji selalu sahaja,
menyalahkan kawan atau pemimpin.

Biasanya orang yang boleh kekal,
di dalam perjuangan kebenaran,
dari permulaan hingga ke destinasinya adalah,
orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya,
orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja,
yang boleh menerima khawariqul ‘adah,
tanpa logik akalnya.

Orang yang tidak ada sifat Takabur dan ego,
orang yang mudah sentiasa taat kepada Allah dan setia kepada kepimpinan,
orang yang ingin membaiki diri di dalam jemaahnya,
orang yang telah menjual dunianya untuk Akhiratnya,
orang yang tidak merasa pandai sekalipun memang pandai,
orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya,

Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang sampai ke hujung,
berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah dalam perjuangan islam,
yang dipimpin oleh ulamak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
yang membawa parti perjuangan islam ialah Parti Islam Semalaysia (PAS)
Takbir...!!! Takbir...!!! Takbir...!!!
.
Oleh: MOHD RAFIQ

No comments:

Post a Comment