Wajah-wajah para pejuang pemuda Gombak
26 Mei 2009, Taman Melawati, Hulu Klang – Perjuangan PAS yang penuh dengan ranjau dan duri sepanjang hampir 60 tahun penubuhan PAS, telah mematangkan parti tersebut.
Itulah yang telah ditegaskan oleh Ustaz Fauzi Hussin, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, di dalam usrah gabungan Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) yang bertajuk “Mehnah dan Tribulasi di dalam Perjuangan”.
Beliau yang menjadi naqib jemputan di dalam program rutin DPPG itu memperincikan pelbagai jenis ujian dan rintangan yang dihadapi oleh para pejuang-pejuang PAS termasuklah ISA, ancaman bunuh, dipenjara dan sebagainya.
“Malah ada di kalangan pejuang-pejuang PAS yang syahid di dalam perjuangan ini, seperti di dalam tragedi Memali”, katanya sambil disambut oleh laungan takbir oleh para pemuda.
Beliau turut menceritakan tentang kisah di sebalik peristiwa berdarah yangberlaku di Memali, serta kisah-kisah para pejuang PAS yang pernah dimasukkan ke penjara ISA, dan kisah-kisah perjuangan pemimpin-pemimpin HAMAS di Palestin.
Ujian-ujian inilah yang menjadikan PAS sebuah gerakan Islam yang matang dan ia mejadi medan penapisan ahli bagi memilih pejuang-pejuang yang benar-benar layak sahaja untuk mendapat nikmat syrga Allah.
Hari ini, selepas PAS mencapai era “kemenangan”, ujian-ujian berbentuk kebendaan dan material pula menjadi ujian kepada para pejuang.
“Sekarang ini, jawatan, habuan dunia, wang elaun pula yang menjadi ujian oleh para pejuang-pejuang PAS yang tidak dihadapi oleh para pejuang terdahulu”, tegasnya.
Program bulanan yang mencatat kehadiran kira-kira 70 orang ini menghimpunkan pemuda-pemuda kawasan Gombak daripada ketiga-tiga DUN; Hulu Klang, Gombak Setia dan Batu Caves.
Ia adalah program rutin secara bulanan yang diamalkan oleh DPPG semenjak hampir 10 tahun yang lalu.
Di akhir usrah gabungan tersebut, pelancaran blog rasmi DPPG, http://www.pemudagombak.com/ telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim.
.
Beliau juga turut mengulas tentang peranan pemuda Gombak untuk memberi komitmen di dalam perjuangan ini sementelah masih belum lagi diberi ujian sebagaimana yang diceritakan oleh Ustaz Fauzi.
.
No comments:
Post a Comment