Sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat terhadap PAS akhir-akhir ini menuntut iltizam daripada pemuda untuk bersedia sebagai pemimpin masa depan Malaysia.
Ustaz Azman Shapawi ketika menyampaikan pengisian
Inilah yang ditekankan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi di dalam usrah gabungan Pemuda PAS Gombak yang berlansung di Masjid Kampung Nakhoda, Bati Caves malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengisian usrah gabungan yang bertajuk "Cabaran-cabaran Semasa Pemuda PAS", anjuran Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Gombak.
"Perkara terpenting yang perlu dibuat persediaan oleh para pemuda adalah kefahaman yang mendalam" kata Ustaz Azman di hadapan kira-kira 70 orang pemuda PAS tegar di dalam kawasan Gombak di dalam majlis ilmu tersebut.
Para pemuda PAS tegar kawasan Gombak
Menurut Ustaz Azman, kefahaman yang dimaksudkan ialah kefahaman tentang Islam dan perjuangan Islam berdasarkan al-Quran dan al-hadith.Justeru, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Sesi 2009-2011 mensasarkan pembinaan tarbiyah di kalangan pemuda untuk membina sebuah gerakan pemuda yang mantap menjelang pilihanraya umum akan datang.
Selain terbiyah, para pemuda diseru agar yakin akan janji Allah untuk memberi kemenangn kepada perjuangan Islam.
"Namun, Allah meletakkan syarat yang jelas di dalam Al-Quran sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam surah al-Baqarah, iaitu solat dan sabar", tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS yang baru dilantik di dalam muktamar awal bulan ini.
Seterusnya, para pemuda hendaklah istiqamah di atas jalan yang dipilih ini kerana apabila sahaja para pejuang berbaiah, mereka akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cabaran daripada segenap pelusok.
Sebagai perbandingan, Ustaz Azman membandingkan dengan gerakan-gerakan Islam lain di dunia seperti si Afghanistan dan Palestin yang jauh lebih dahsyat dan teruk jika dibandingkan dengan cabaran yang dihadapi oleh PAS di Malaysia.
Maka, dengan itu para pemuda mestilah memperkukuhkan jiwa dan rohani dengan ibadat, serta memperkemaskan ikatan ukhuwah di kalangan para pejuang Islam.
Ustaz Azman mengmabil contoh daripada sirah Nabi membina negara Islam Madinah apabila puak Aus dan Khazraj yang menghuni Madinah disatukan atas dasar ukhuwah, yang akhirnya menyaksikan kegemilangan umat Islam di seluruh dunia.
Persediaan-persediaan ini perlulah bermula daripada sekrang kerana sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan gerakan Islam akan berhadapan dengan seribu satu pancaroba yang lain seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain seperti Algeri dan Turki.
Untuk itu, para pemuda diseru untuk memantapkan tarbiyah di kalangan ahli pemuda sebagai persediaan memimpin masyarakat yang telah jemu dengan rejim Umno dan Barisan Nasional.
Berita sepenuhnya di: www.pemudagombak.com
No comments:
Post a Comment