16 June 2009

Nizar dan 6 lagi digantung sidang parlimen

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari dewan rakyat sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini -melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan agar DUN Perak dibubarkan, yang dirampas oleh BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut oleh 6 lagi anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Bekas Menteri Besar Perak itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Suara Rakyat: Dimana salahnya kalau seorang Ahli Dewan Rakyat melaungan "Suara Rakyat" agar DUN Perak dibubarkan! kita rakyat Malaysia, kita tidak mahu nama 1 Malaysia diburukkan oleh Media Asing dan dicemari oleh Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak moral.

Kita memilih wakil untuk Rakyat, Bukan wakil itu boleh jadi sendiri! Kita yang lantik wakil rakyat untuk membantu kita dan supaya suara kta sampaikan didewan Rakyat!

Kalau Suara Rakyat tidak didengari oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat! Maka bubarkan juga Dewan Rakyat! sebelum bubar DUN Perak!.

Artikel ini ambil dari:
http://www.rakyatkini.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment