30 June 2009

Pemuda PAS Perlu Sedia Perintah Malaysia

Sambutan yang menggalakkan oleh masyarakat terhadap PAS akhir-akhir ini menuntut iltizam daripada pemuda untuk bersedia sebagai pemimpin masa depan Malaysia.

Ustaz Azman Shapawi ketika menyampaikan pengisian


Inilah yang ditekankan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Azman Shapawi di dalam usrah gabungan Pemuda PAS Gombak yang berlansung di Masjid Kampung Nakhoda, Bati Caves malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengisian usrah gabungan yang bertajuk "Cabaran-cabaran Semasa Pemuda PAS", anjuran Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Gombak.

"Perkara terpenting yang perlu dibuat persediaan oleh para pemuda adalah kefahaman yang mendalam" kata Ustaz Azman di hadapan kira-kira 70 orang pemuda PAS tegar di dalam kawasan Gombak di dalam majlis ilmu tersebut.

Para pemuda PAS tegar kawasan Gombak

Menurut Ustaz Azman, kefahaman yang dimaksudkan ialah kefahaman tentang Islam dan perjuangan Islam berdasarkan al-Quran dan al-hadith.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Sesi 2009-2011 mensasarkan pembinaan tarbiyah di kalangan pemuda untuk membina sebuah gerakan pemuda yang mantap menjelang pilihanraya umum akan datang.

Selain terbiyah, para pemuda diseru agar yakin akan janji Allah untuk memberi kemenangn kepada perjuangan Islam.

"Namun, Allah meletakkan syarat yang jelas di dalam Al-Quran sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam surah al-Baqarah, iaitu solat dan sabar", tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS yang baru dilantik di dalam muktamar awal bulan ini.

Seterusnya, para pemuda hendaklah istiqamah di atas jalan yang dipilih ini kerana apabila sahaja para pejuang berbaiah, mereka akan berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cabaran daripada segenap pelusok.

Sebagai perbandingan, Ustaz Azman membandingkan dengan gerakan-gerakan Islam lain di dunia seperti si Afghanistan dan Palestin yang jauh lebih dahsyat dan teruk jika dibandingkan dengan cabaran yang dihadapi oleh PAS di Malaysia.

Maka, dengan itu para pemuda mestilah memperkukuhkan jiwa dan rohani dengan ibadat, serta memperkemaskan ikatan ukhuwah di kalangan para pejuang Islam.

Ustaz Azman mengmabil contoh daripada sirah Nabi membina negara Islam Madinah apabila puak Aus dan Khazraj yang menghuni Madinah disatukan atas dasar ukhuwah, yang akhirnya menyaksikan kegemilangan umat Islam di seluruh dunia.

Persediaan-persediaan ini perlulah bermula daripada sekrang kerana sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan gerakan Islam akan berhadapan dengan seribu satu pancaroba yang lain seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain seperti Algeri dan Turki.
Untuk itu, para pemuda diseru untuk memantapkan tarbiyah di kalangan ahli pemuda sebagai persediaan memimpin masyarakat yang telah jemu dengan rejim Umno dan Barisan Nasional.

Berita sepenuhnya di: www.pemudagombak.com

29 June 2009

UMNO PENGECUT

Bekas-bekas President UMNO

"Tun Abdullah berkata, Debat bukan pendekatan yang terbaik kerana boleh menimbulkan masalah lain jika diadakan secara terbuka, Tidak perlu berdebat. UMNO dan PAS perlu berbinbing mengenai apa-apa masalah yang timbul atau yang ada kaitan dengan bangsa dan agama. Tiada gunanya terus berselisih faham."

"Tun Dr Mahathir berkata, Cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya membung masa sahaja dan ia tidak wajar serta berfaedah sama sekali kerana beliau yakin debat terbuka itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak."

Mengapa dua orang bekas pemimpin UMNO-BN ini bersuara supaya jangan berdebat dengan Tuan Guru Nik Aziz! Apabila adanya debat sebegini bekas pemimpin UMNO-BN takut RAKYAT akan tahu perkara yang sebenar dan dalam masa yang sama terdedahlah pembohongan UMNO-BN, serta RAKYAT akan nampak setekat mana keikhlasan UMNO untuk Perpaduan dengan PAS.

Cuba kita lihat kenyataan Tun Abbdullah badawai, Debat bukan pendekatan yang terbaik kerana boleh menimbulkan masalah lain "jika diadakan secara terbuka", disini pun kita sudah boleh berfikir mengapa mereka ini tidak mahu secara terbuka, Mereka takut akan terbongkar banyak rahsia dan rasuah serta kesalahan yang UMNO lalukan.

18 June 2009

TEGURAN TUAN GURU NIK AZIZ

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata: kita perlu berbincang dengan Pakatan terdahulu sebelum melangkah mengambil ketupusan sendiri sebab kita telah membuat satu perjanjian dalam Pakatan. perkara ini tiada dalam agenda PR, jika parti-part lain dalam Pakatan Rakyat setuju itu lain perkara.

Kalau UMNO nak perpaduan PAS, PKR, DAP juga harus termasuk sekali, dan PAS pun jadi menteri, PKR pun jadi menteri dan DAP pun jadi menteri ini baru betul benar-benar perpaduan! jika UMNO-BN tidak bersama dengan Pakatan yang lain ini bermakna bukan perpaduan, ini perpecahan. katanya

Beliau berkata sebagai Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa perlu letak jawatan sebagai timbalan presiden Pas dan ahli parlimen Bachok sekiranya Nasharudin masih berhasrat meneruskan rundingan dengan Umno.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. Apa buat sampah, menyusahkan," begitulah kata-kata Tuan Guru, Dia (Nasharudin) tidak tahu banyak orang telefon saya dan datang berjumpa dengan saya bertanya tentang perkara Kerajaan Perpaduan, ada yang bertanya sambil menanggis dengan sebak-sebak ada yang marah!.

Tuan Guru hanya menegurkan Nasharudin dan mungkin Tuan Guru marah sebagai seorang Ustaz marahkan kepada anak muridnya yang enggan atau ingkar mendengar cakap seorang Ustaz! kita harus mengerti Tuan Guru adalah Pemimpin Tertinggi dalam parti.

Inilah mainan Media arus perdana! diwarwarkan perkataan teguran itu kepada ISU besar yang mengatakan Tuan Guru suruh Timbalam Presiden PAS Nasharuddin letak jawatan segabai Jawatan Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok.

17 June 2009

Serah pada parti cari penyelesaian - Pimpinan PAS

Kerajaan Perpaduan: Perangkap Umno pada PAS-Nik Aziz

Jangkitan Dari UMNO dan BN

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ekspresi dibenarkan tetapi perlu kena pada cara dan tempatnya.

“Speaker mempunyai kuasa dan tindakan speaker membuat keputusan itu kerana tidak mahu ada kekecohan timbul dan rasa tidak sedap hati pada mana-mana pihak, banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan selain ekspresi dan laungan memprotes seperti itu.

“Tindakan yang dilakukan Nizar itu akan menimbulkan kekecohan yang lebih teruk sekiranya speaker tidak membuat keputusan mengarahkannya keluar dewan,” katanya, semalam.

“Tindakan Nizar itu bukan ditempat yang betul kerana dewan tempat bersidang itu hendaklah dihormati kemuliaannya. Jika perkara seperti ini dibenarkan berlaku dalam dewan dikhuatiri ianya akan berjangkit dan menjadi kebiasaan dalam dewan satu hari nanti,” katanya.

Suara Rakyat: YA.. seseorang Speaker mempunyai kuasa besar dalam Dewan Rakyat! tetapi bagaimana dengan seorang Speaker Dewan Undangan Negeri (PERAK) dia juga mempunyai kuasa yang sama dan patut dihormati kemuliaannya.
Adakah Prof. Dr Mohammad Agus Yusoff tidak ingat peristiwa ini, seorang Speaker DUN Perak diheret keluar dari Dewan yang mulia, Adakah ini kena pada tempatnya?

Jangkitan ini sebenar datang daripada UMNO dan Barisan Nasioanal terdahulu! bukan dari PR atau Pebangkang.

Maka UMNO dan Barisan Nasioanal harus dirawat dan berikan suntikan anti virus, Sebelum jangkitan ini merebak lebih jauh.

Artikel ini ambil dari:
http://www.rakyatkini.blogspot.com/

16 June 2009

Nizar dan 6 lagi digantung sidang parlimen

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari dewan rakyat sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini -melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan agar DUN Perak dibubarkan, yang dirampas oleh BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut oleh 6 lagi anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Bekas Menteri Besar Perak itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).

Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.

Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Suara Rakyat: Dimana salahnya kalau seorang Ahli Dewan Rakyat melaungan "Suara Rakyat" agar DUN Perak dibubarkan! kita rakyat Malaysia, kita tidak mahu nama 1 Malaysia diburukkan oleh Media Asing dan dicemari oleh Wakil Rakyat yang tidak bertanggungjawab dan tidak moral.

Kita memilih wakil untuk Rakyat, Bukan wakil itu boleh jadi sendiri! Kita yang lantik wakil rakyat untuk membantu kita dan supaya suara kta sampaikan didewan Rakyat!

Kalau Suara Rakyat tidak didengari oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat! Maka bubarkan juga Dewan Rakyat! sebelum bubar DUN Perak!.

Artikel ini ambil dari:
http://www.rakyatkini.blogspot.com/

04 June 2009

PAS tiada niat bersama Umno - Ustaz Nasharudin

Muktamar 50: Ucapan dasar Ketua Pemuda sarat pesanan

v

Tirai Muktamar Pemuda ke 50 sempurna dibuka

Muktamar DPPP Ke 50



4 Jun 2009, Taman Melewar, Gombak – Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mengesahkan proses trnsformasi kepimpinan sayap utama Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Ia diumumkan oleh Timbalan Pengrusi Pemilihan Muktamar, Ustaz Hassan Shukri di muktamar sayap tersebut di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak.

Dalam pada itu, proses pmilihan yang berlansung hari ini menyaksikan kombinasi mantap ulama dan profesional untuk menduduki jawatan AJK Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2009/2010;

Berikut adalah senarai penuh AJK Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2009/2010;

Ketua Pemuda : Ustaz Nasrudin Hj Hasan

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Azman Shapawi

Naib Ketua Pemuda : Sdr Sabki Yusuf

Exco Pemuda;

1. Ust Riduan Md Nor (197 undi)
2. Ust Nik Mohd Abduh Nik Abd Aziz (194 undi)
3. YB Mohd Firdaus Jaafar (176 undi)
4. Ust Hj Mohd Nazri Chik (165 undi)
5. Sdr Suhaizan Kaiat (165 undi)
6. YB. Ust Nasir Zakaria (152 undi)
7. Ust Kamal Ashari (145 undi)
8. Sdr Kamaruzaman Mohamad (139 undi)
9. Sdr Khairul Faizi (139 undi)
10. Sdr Mohd Adram Musa (135 undi)
11. Abdullah Abd Karim (127 undi)
12. Dr Raja Ahmad Raja Iskandar (126 undi)

Perasmian Muktamar DPPP ke 50



3 Jun 2009, Taman Melewar, Gombak - Pemuda PAS bertekad untuk menyediakan medan latihan bagi melahirkan para pimpinan masa hadapan demi untuk mempastikan agenda mempersada perjuangan.

Itulah yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salehuddin Ayub di dalam ucap tama Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-50 yang bertajuk ”Mempersada Perjuangan”.

Di dalam ucapannya juga, YB Ketua Pemuda menegaskan peranan pemuda untuk melansungkan perjuangan PAS yang telah dimulakan oleh para ulama’ semejak tahun-tahun awal PAS ditubuhkan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap para alim ulama’ yang mengasaskan Dewan Pemuda PAS yang telah memulakan jihad semenjak 25 Ogos 1953, u.

Beliau yang memegang jawatan tersebut selama enam tahun semenjak 2003 yang lalu menyifatkan dua kejayaan besar dalam tempoh itu, iaitu

Menganjakkan perndekatan politik bangkangan konfrontasi kepada politik bankangan konstruktif.
Melakarkan imej baru bagi PAS untuk menggantikan Umno/BN

Dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini, pemuda digesa untuk memantapkan proses tarbiyah yang menjadi teras dalam proses pembentukan kepimpinan pemuda kontemporari.

Selain itu, YB ketua Pemuda turut menggesa agar memperkasa wibawa pemuda atas tujuan yang sama iaitu pembentukan kepimpinan pemuda kontemporari.

Di akhir ucapan temannya, beliau menegaskan bahawa pemuda akan mendokong kepimpinan ulama yang menjadi tunggak perjuangan PAS dengan sokongan para profesional.

Beliau turut tidak melupakan jasa para profesional yang menjadi tiang seri perjuangan serta aktivis yang menjadi paksinya.

03 June 2009

02 June 2009

GOTONG ROYONG PERDANA DPPKG



Sekalipun telah dua tahun ditinggalkan sebagai Pejabat Agong PAS Pusat semenjak pertengahan tahun 2007 lalu, Markaz Tarbiyah PAS yang terletak di Taman Melewar tetap di hati pemuda-pemuda PAS Gombak.

Itulah semangat yang dapat digambarkan di dalam gotong-royong perdana yang diadakan di markaz tarbiyah berkenaan pada Ahad lalu, 31 Mei 2009.

Dengan penglibatan kira-kira 50 tenaga pemuda, Dewan Pemuda PAS Gombak ”menggempur” Dewan Dato’ Fadzil Noor untuk persiapan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan diadakan pada Rabu dan Khamis ini.

Dewan yang diabadikan sempena dengan nama bekas presiden PAS yang ke-enam, Dato’ Hj Fadzil Mohd Noor yang memimpin PAS semenjak 1988 sebelum menghembuskan nafas pada 2002, menjadi saksi jatuh bangun PAS terutama di dalam era kepimpinan ulama kira-kira selama 20 tahun.

PAS dan Taman Melewar sudah menjadi semacam sinonim.



Sebut sahaja Taman Melewar orang akan ingat kepada PAS, dan begitu juga apabila sebut sahaja PAS automaik akan disinonimkan dengan Taman Melewar, sehinggakan perkataan ”TM” menjadi kod kepada markaz PAS itu

Bagai sireh pulang ke gagang, itulah yang diibaratkan kepada Muktamar Pemuda PAS Pusat yang dijadualkan berlansung di tempat bersejarah itu pada 3 dan 4 Jun ini.

Kali terakhir muktamar pernah diadakan di dewan bersejarah ini adalah pada tahun 2003, kali pertama jawatan Presiden terpikul secara rasminya di bahu Tuan Guru Haji Dato’ Sri Abdul Hadi Awang, selepas memangkunya selama kira-kira setahun selepas pemergian Dato’ Sri Fadzil Noor.

Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kini dan terus mendapat mandat sekurang-kurangnya sehingga 2011 selepas 4 kali memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Selepas kira-kira enam tahun program sebesar muktamar tidak pernah diadakan di sini, Pemuda PAS Pusat ”kembali ke gagang” apabila menggunakannya untuk muktamarnya.

Ia dibuat ketika PAS dan Pakatan Rakyat menguasai hampir separuh semenanjung Malaysia selepas pasca-tsunami PRU 13, dan ketika sayap-sayap lain memilih ibu negeri Selangor, Shah Alam untuk mengadakan sidang muktamar.

Dewan Pemuda PAS mengambil arus yang agak berbeza, dengan memilih markaz yang ditinggalkan semenjak pertengahan 2007 lalu apabila Pejabat Agong PAS Pusat berpindah ke bangunan baru di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Difahamkan Dewan Ulama’ PAS akan bermuktamar Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam manakala Dewan Muslimat PAS pula akan bermuktamar di Dewan Banquet, Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kedua-duanya pada 4 Jun 2009 (Khamis).

Muktamar Agong PAS Pusat pula dijadualkan akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5, 6 dan 7 Jun 2009.