19 April 2009

TRANSFORMASI Gombak!

(Nota: Ini bukan iklan filem Transformers atau rancangan AF7)
Gambar oleh: UKJ Batu Caves
Muktamar Dewan Pemuda Kawasan Gombak (DPPG) semalam menyaksikan transformasi peringkat tertinggi apabila jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda telah bertukar tangan daripada Ust Hasbullah Ridzwan dan Sdra Khairulfahmi Matsom kepada Ust Syrhan Humaizi Abd Halim dan Sdra Azizul Abu Bakar.

Transformasi ini berikutan pelan peralihan kuasa yang teratur berikutan pengunduran kedua-dua tokoh pemuda yang telah berkhidmat sebagi ketua dan timbalan ketua selama kira-kira 10 tahun semenjak 2000.

Peralihan kuasa berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni tanpa sebarang pertandingan di peringkat ketua, timbalan ketua, dan naib ketua meneruskan tradisi syura yang telah dipraktikkan beberapa sesi kepimpinan DPPG.

Muktamar kali ini bukan hanya menyaksikan tiada pertandingan di peringkat tertinggi, malah buat julung-julung kalinya juga turut menyaksikan kesemua calon ahli jawatankuasa (AJK) DPPG turut menang tanpa bertanding.

Ini berikutan 12 daripada 20 calon yang layak bertanding menarik diri daripada pemilihan.

Seminggu sebelum itu, turut berlaku transformasi di peringkat Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) apabila Dr Azimah Ibrahim memenangi pemilihan ketua sayap itu di dalam Mesyuarat Agung DMPG yang turut berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar.

Beliau memenangi undi tertinggi di dalam pertandingan tiga penjuru di dalam mesyuarat berkenaan.

Adakah transformasi seterunya yang bakal berlaku?

Kita nantikan jawapannya seminggu daripada sekarang!

3 comments:

  1. salam,

    >Adakah transformasi seterunya yang bakal berlaku? Kita nantikan jawapannya seminggu daripada sekarang!

    Apa itu transformasi? Transformasi bermaksud perubahan, menukar sesuatu kepada yang baru. Oleh itu apa yg dimaksudkan oleh pemuda batu cave dalam transformasi ini.

    Adakah maksudnya, pemuda batu cave maukan ust salahudin yg memimpin gombak? itu transformasi yg dimaksudkan?

    kalau itu yg terjadi, then itu bukan transformasi tapi balik ke 5 tahun kebelakang. Kerana Ust S telah pun memimpin pada era tersebut. Pada masa itu belum ada lagi era PAS for All, malah usaha memenangi non muslim hanya berlaku secara serius pada 3 tahun yang lalu. Sebelum itu sikap terhadap non muslim adalah lebih byk kepada 'engkau engkau, aku aku'.

    kalau cikgu radhi yg mengambil alih then itu transformasi yg mungkin betul. kalau mau transformasi yang betul2, then YDP cikgu radhi dan TYDP YB saari Sungib, tapi berapa ramai yg sanggup menempuhi transformasi total tersebut. Rasanya masih ramai dengan belenggu persepsi tertentu.


    So sape yg nak ust salahudin memimpin actually bertujuan transformasi kepada kepimpinan yg dahulu, bukan kepada transformasi kehadapan. This is nothing personal toward Ust Salahudin yg saya hormati. Jgn mudah mudah claim perkataan transformasi jika inginkan ust s menjadi ydp. Silap silap ianya adalah few steps backward.

    Sape yg menginginkan cikgu radhi sebagai ydp adalah transformasi kehadapan. Mungkin pembawa idea baru dan mungkin org yg boleh meletakkan lebih masa utk kawasan.

    Mengenai fokus dan concentration, lets us be realistic. Ust S akan selalu luar negeri dan lama masanya, Dr Hatta tiap weekend akan ke K Kerai, dan Cikgu R akan selalu juga outstation. So jangan jadikan isu fokus dan concentration sebagai modal memilih pemimpin.

    Tapi bagi saya, agak malang kalau Dr Hatta ditukarkan pada masa ini. Beliau perlu diberi masa utk memimpin satu atau dua term lagi dalam era kemenangan ini.

    Bukannya dijatuhkan sebaik saja kemenangan mendatang.

    Tapi adakah mungkin gombak juga akan mula melangkah ke era 'politik orang menang' , seperti yg telah berlaku ditempat lain.

    Wallahualam.
    hamdy

    ReplyDelete
  2. Hmm...saya agak bersetuju dengan hamdy..
    Pemilihan yang dibuat haruslah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang betul..
    Naudzubillah..minta dijauhkan dari pemilihan yang dibuat atas dasar tidak puas hati, tidak suke atau apa-apa yang sewaktu dengannya..
    Setengah orang mungkin fikir begini..."tak kesah la sape pun asal bukan dia.." ataupun.."aku suka dia.."
    Kita bukan memilih ketua kelas..tetapi memilih pemimpin sebuah gerakan islam di peringkat kawasan..Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ketulusan hati hamba-hamba-Nya
    Kalau berdasarkan penelitian hamdy diatas..ketiga-tiga yang disebut mungkin tidak dapat memberi fokus dan komitmen yang terbaik terhadap kawasan..jadi..ada alternatif lain??kalau terjumpa bagusla..tapi kalau takde nak wat camane..
    pikirkan kriteria dan syarat yang sesuai...kemudian cari orang yang layak..tidak semestinya pemilihan di kalangan mereka-mereka yang ada populariti sahaja..
    KITA PAS...BUKAN UMNO...
    Jangan biarkan pertimbangan akal dan iman dikuasai perasaan dan nafsu yang sememangnya sentiasa dibolak-balikkan syaitan

    ReplyDelete
  3. Hmmm.....

    Baru sahaja tulis perkataan transformasi nakpaknya ada yang melatah.

    Teruskan..

    ReplyDelete