26 April 2009

Tahniah Pasukan Selangor! Piala FA Milik Kita!

UKJ Pemuda PAS Batu Caves, Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor atas kejayaan menewaskan pasukan Kelantan sekali gus menggondol Piala FA.

Piala berprestij ini berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Stadium Bukit Jalil dipenuhi warna merah apabila penyokong pasukan masing –masing memakai pakaian merah dan membawa bendera negeri yang masing-masing berwarna merah.


Merah: Penyokong Piala FA (Eh, bendera PAS pun ada?)


Merah: Penonton Perlawanan Piala FA. Penyokong Kelantan


Merah: Penonton Perlawanan Piala FA. Ini pula penyokong Selangor

Ia mengingatkan kita kepada kumpulan baju merah pada siri tunjuk perasaan di Thailand seminggu sebelum itu yang menggagalkan sidang kemuncak Asean.




Merah: Demonstrasi di Thailand





Merah: Lagi para penunjuk perasaan di Thailand.


Ia juga mengingatkan kepada demonstrasi PROTES pada julai 2008 yang turut menggunakan warna tema yang sama; merah!


Merah: Ini demonstrasi PROTES turun harga petrol.


Merah: Lagi demonstrasi PROTES turun harga petrol.


Err... warna rasmi Umno pun merah juga :(

Alamak, merah sangat la Mak Ngah!

No comments:

Post a Comment