23 April 2009

CADANGAN: Mahathir Jadi Calon Bebas Di Penanti

Tolak-tarik pilihan raya kecil DUN Penanti masih belum diketahui saat tulisan ini tersiar.

Alangkah bagusnya sekiranya BN tidak bertanding di sini.

Namun, Najib tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kerusi ini kepada PR.

Langkah mencalonkan Dr M sebagai calon bebas di sini merupakan langkah terbaik bagi BN supaya mudah bagi BN membasuh tangan selepas selesai pilihan raya kecil itu nanti.

Apa pun keputusan, sama ada kalah atau menang (hampir pasti kalah), mudah bagi BN mereka cipta 1001 alasan.

Mungkin cara ini juga terbaik bagi melarikan mingeletakkan bebanan kepada Dr Mahathir yang dilihat menguasai Najib, atau lebih baik lagi untuk Najib mengembalikan pengaruh.


(Nota: Logo calon ini masih tiada. Ada cadangan?)

Jika Mahathir menjadi calon bebas, sekurang-kurangnya jika kalah, tidak terlihat sangat kelemahan Najib.

Kali ini, Mahathir yang selama ini hanya bercakap, bercakap dan bercakap, bolehlah membuktikan apa yang dicakapnya praktikal.

Jadi daripada sekarang, bolehlah Dr M berfikir-fikir logo apakah yang sesuai untuk diguna pakai pada PRK Penanti nanti.

Selamat berjuang buat Dr M!

Nota 2: Mungkin selepas itu, poster di bawah ini tidak boleh digunapakai lagi.



No comments:

Post a Comment