29 December 2009

Seminar "Menjadi Jutawan Gaharu" bersama Dr. Rosli Yaakob

  • 16 Januari 2010 / 30 Muharram 1431
  • 9.00 pagi - 4.00 petang
  • Hotel Sri Alam (Anjung Rahmat), Jalan Gombak
Buku 'Gaharu; Wang Tumbuh di atas Pokok' akan dibekalkan

Yuran Pendaftaran : RM150 + Buku gaharu,makanan,bahan-bahan seminar

Untuk Pendaftaran, Sila hubungi :

Us. Mohd Taufik: 017-2055183 / Us. Riduan: 019-3728844

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Anjuran : Jundi Resources

27 December 2009

Pemuda Batu Caves 'kacau' bubur Asyura

Kelihatan Ustaz Zakaria yang merupakan Ketua Kampung merangkap imam 1 dan NYDP PAS Gombak memberi semangat kepada para petugas

SU masjid Abg Azman sedang menjerang air


Muslimat Kg. Nakhoda bersemangat menyiapkan bahan-bahan untuk bubur ayura
Diketuai 'tekong' masak hari ini iaitu Ustazah Wani dan pimpinan muslimat Masjid Nakhoda
Abg. Azman dan Abg. Lehan antara orang kuat Masjid Kg. Nakhoda
Kacau-kacau,jangan sampai hangit...SU UKJ antara pemuda yang hadir
Pemuda 'import' Teluk Kemang Sdr. Habib pun 'tersesat' kacau bubur di sini
Hj. Deris telah menukar profesyen dari kontraktor ke tukang bungkus buburKetua DACS Batu Caves tekun menyusun bubur yang telah siap di 'packing'

Bersungguh-sungguh Hj. Deris melayan penduduk kampung





Pemuda DUN Batu Caves telah diundang untuk bekerjasama dengan Masjid Jamek Kg. Nakhoda untuk aktiviti tradisi yang diadakan saban tahun di kebanyakkan tempat iaitu memasak bubur asyura,tetapi pertama kali diadakan di Masjid Jamek Kg. Nakhoda sejak mengambilalih pentadbiran Jun lalu sempena menyambut 10 Muharram 1431H pada Ahad bersamaan 27 Disember 2009.

Ini merupakan pengalaman ketiga pemuda dalam pada tahun ini dalam memasak bubur secara bergotong royong.Pada kempen PRK Permatang Pasir Ogos lalu,pemuda telah menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada para penduduk setempat,begitu juga pada Ramadan lalu pemuda telah menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.Cuma pada ketika itu Pemuda DUN Batu Caves turun sebagai pemuda kawasan bersama Pemuda PAS Gombak dan aktiviti memasak bubur ayura pada kali ini hanya melibatkan pemuda DUN sahaja.

Walaubagaimanapun,tradisi memasak bubur asyura pada setiap 10 Muharram wajar dihidupkan semula kerana selain dari amalan-amalan sunat yang dianjurkan, ia boleh kembali membudayakan semangat bergotong-royong,berkerjasama,dan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berkongsi rasa bubur asyura yang jarang disediakan.

Aktiviti seumpama ini hendaklah sentiasa diadakan kerana ini adalah peluang kepada kita untuk membuat 'engagement' dengan para penduduk dan boleh saling berkenalan serta mengeratkan ukhuwah.Diharap untuk tahun 2010 yang bakal menjelang boleh mendekatkan lagi para pemuda dengan masyarakat setempat dengan program-program berbentuk kerjasama dengan pihak Masjid,JKKK danJKP. Semoga segala kerja baik ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

22 December 2009

Sakaratul Maut

BATU CAVES: Satu kemalangan telah berlaku di hadapan SK Taman Selayang Jalan Sg. Tua, Jam 7:21pm, sebuah Proton Iswara berwarna putih dari arah Sungai Tua melanggar pokok dan jejantas sebelum kereta itu terbalik, dipercayai 2 orang lelaki berada didalam kereta tersebut, 1 berbangsa India dan 1 lagi melayu.

Yang berbangsa India dikejar ke Hospital Selayang yang didapati cedera parah dan seorang lagi rakannya mati ditempat kejadian.

Sepasukan Bomba cuba mengeluarkan mangsa dari kereta tetapi gagal kerana peralatan tidak mencukupi dan orang ramai mula berkumpul ditempat kejadian.

Mangsa kelihatan dalam kereta dengan berlumuran darah, mangsa mati dipercayai terentak di kepala.

Ini bahagian sebelah pemandu, kata seorang saksi kereta itu berpusing sebelum merempuh pokok.

Mangsa ditutup dengan paper

Bahagian depan kemek teruk

Surah Yasin milik mangsa


Dalam 9:30pm mangsa berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

laporan oleh: Rafiq ukjbc

19 December 2009

Majlis Khatan Beramai-ramai

Batu Caves, 19 Dis. 2009- Majlis khatan seringkali diadakan saban tahun semasa cuti semester akhir persekolahan. Secara tidak langsung, ianya memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk menunaikan kewajiban agama disamping pra syarat untuk menjadi seorang lelaki muslim yang sejati.UKJ Batu Caves telah berjaya mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai pada Sabtu lalu bertempat di Dewan JKKK,Kg. Baru Batu Caves.Seramai 32 orang peserta telah berjaya dikhatankan.Majlis perasmian telah dimulakan pada jam 8.15 pagi dengan ucapan aluan pengerusi dan ucapan Pengerusi JKKK Kg. Baru Hj. Adnan.YB Amirudin Shaari yang juga ADUN Batu Caves telah menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis ini.Majlis juga di meriahkan lagi dengan kanak-kanak yang akan berkhatan dengan dibawa berarak menaiki lori mengililingi beberapa buah kampung dan taman.Kehadiran pihak bomba yang telah membasahkan calon-calon khatan dengan pacutan air dari kereta bomba menghidupkan suasana perasmian pada pagi itu.Seperti tahun lepas,majlis ini mendapat perhatian daripada wartawan antarabangsa dan tempatan.Jika tahun lepas wartawan reuters telah membuat liputan,pada tahun ini pula wartawan Zumapress telah mengambilaalih. Wartawan tempatan Malaymail dan Sinar juga turut serta membuat liputan.Cuma agak kekurangan dan mengecewakan pada majlis pada kali ini adalah ketidakhadiran pasukan kompang yang telah pun ditempah lebih awal sebelum ini.Dengan adanya kemeriahan seperti inilah yang menarik minat wartawan anatarabangsa dan tempatan untuk membuat liputan.Semoga tradisi ini dapat diteruskan pada tahun hadapan

dirasmikan oleh YB Amiruddin Saari, ADUN Batu Caves
Para peserta dan ibubapa mula datang dan berkumpul dibawah khemah yang disedian oleh penganjur


ini adalah salah seorang peserta nampak senyum dan sedia untuk dipotong?

Kaunter pendaftaran yang diurus penuh oleh para petugas Unit Amal Gombak

Para peserta sedang menaiki lori untuk mengelilingi kampung


Ini adalah Pasukan Unit Amal Gombak sedang bersiap sedia untuk berkonvoi bersama para peserta mengelilingi kampung.


Para peserta nampak begitu gembira dapat menaiki lori dan memegang bunga manggar


Peserta dibawa mengelilingi kampung dengan menaiki lori.

Peserta nampak ceria dan keseronokan, tidak rasa gementar di kalangan mereka.

Kelihatan Sdr. JB dan Fairuz yang teringin nak mandi air bomba juga

Ramai betul peminat,ada wartawan zumapress,malaymail dan sinar

Syoknya




Kanak-kanak bergembira mandi sebelum dikhatankan denganmenggunakan air oleh pasukan bomba

Air sedang disemburkan oleh pasukan bomba dari jarak dekat.
Peserta berada dalam bilik Khatan



Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 13 dengan kerjasama Jabatan Amal Gombak,JKKK Kg. Baru Batu Caves dan JKKK Kg. Nakhoda berlangsung dengan meriah dan penuh tradisi.
Program ini adalah sebahagian acara tahunan Dewan Pemuda PAS Gombak bertujuan untuk memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat selain memenuhi tuntutan syariat kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam remaja.Dengan adanya majlis seumpama ini dapat memberi peluang kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak berkhatan diklinik kerana pihak penganjur hanya mengenakan bayaran sebanyak RM60 sahaja.Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban ibubapa dalam kegawatan ekonomi ketika ini.Ia juga dapat mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat setempat dan boleh saling berkenalan dalam aktiviti kemasyarakatan ini.


16 December 2009

UCAPAN DASAR PRESIDEN

Tuan Guru Haji Hadi Awang (President PAS) berucap semasa Muktamar Agung Tahunan kali ke-55.

"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS.

Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulunya, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS (KPP) pada masa sekarang.

14 December 2009

Kursus Kepimpinan LPN & KPP

Dialog 1, Visi dan Misi LPN & KPP yang disampai oleh YB Dr Halimah ALi


Dialog 2, Pengelaman Kepimpinan Masyarakat di Kelantan yang disampai oleh En Hu Pang Chaw


Insan Bestari Melalui SPIES
(Program Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor)

Semua ketua LPN & KPP dan wakil-wakil yang hadir


Bengkel Kursus Kepimpinan LPN & KPP dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor, LPN & KPP seluruh selangor hadir dalam Kursus 2 hari 1 malam (12-13 Dec 2009) di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) Jugra, Banting