24 February 2010

Usrah Gabungan

Usrah Gabungan 24 Februari 2010

Naqib : Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad
Tempat : Surau Al-Ikhwan, Tmn Samudra
Masa : 9.30mlm
Tajuk : Pengorbanan Rasulullah saw

Lebih kurang 30 orang yang menhadiri usrah tersebuat, terdiri dari Ahli Cawangan, Ahli UKJ semalam DUN Batu Caves, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Antara topik yang dibincangkan pada malam tersebut adalah Pengorbanan Rasulullah saw Kerana Allah, untuk Islam.

Al Fadhil Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pusat)

Al Fadhil Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (Ketua Pemuda Negeri Selangor)

Al Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi (Ketua Pemuda Gombak)

KEMPEN JOM SERTAI PAS


Syarat-syarat

Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:

•Warganegara Malaysia

• 18 tahun keatas

•Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa

•Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.

16 February 2010

SYARAHAN PERDANA

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI PERGILAH RAMAI-RAMAI

05 February 2010

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

"Allah Kalimah Yang Benar" mengunakannya tujuan yang salah

Pengunaan kalimah Allah oleh penganut agama bukan islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam Negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menguna-pakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka, Mahu tak mahu tidak mahu hal sebegini akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan ALLAH adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairahkan ialah, sebelum ini pangamal ajaran Kristian itu menyebut 'tuhan' dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bertutur dalam berbagai bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan "ALLAH" dari kitab suci (Al-Qur'an), dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Qur'an.

Oleh yang demikian, perkataan "ALLAH" ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahsa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain.

Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri dari berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang mengunakan perkataan "ALLAH" mengikut maksudnya yang sebenarnya.

Hujah Secara Positif

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Qur'an, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan "Allah", pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD & LORD; dan kalau itulah ALLAH mengikut kefahaman mereka, maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Dalam masa yang sama, umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa serta kefahaman umat Islam. Walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara.

Kalangan penganut Kristian memalui kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan mereka, dan agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

04 February 2010

PLAZA UMNO BATU CAVES DI JILAT API

Batu Caves: Plaza UMNO batu caves terbakar kira-kira jam 9:40 mlm tadi. Kebakaran berlaku dibahagian belakang Plaza tersebut.
Seorang saksi Arumugan berkata api dari belakang bangunan ditingkat bawah terdapat banyak sampah barangan buangan seperti: tayar, tin cat, kereta, meja, pakaian banyak lagi di bawah bangunan tersebut.Dipercayai punca kebakaran itu dari mat-mat gian selalu lepak dikawasan itu katanya.Orang ramai cuba memadam api dengan mengunakan air saluran paip tapi api marak dengan begitu pantas, salah seorang membawa gas pemadam api akhirnya Berjaya memadamkan api tersebut. Pihak Bomba tiba ditempat kejadian dalam 15 minit kemudian, seorang lagi saksi Ismail berkata pihak pengurusan bangunan Plaza UMNO tidak bertanggungjawab diatas kebersihan persekitaran bangunan tersebut, katanya lagi bangunan tersebut ada banyak kedai dibahagian depan ditingkat atas pula ada banyak pejabat, sepatutnya pihak pengurusan bangunan kena pantau persekitaran bangunan itu. Photo oleh: Rujurakam UKJCB

01 February 2010

Bengkel & Taklimat Manual Pengurusan Setiausaha

Bengkel dan Taklimat Manual Pengurusan Setiausaha telah diadakan di Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak. Peserta yang terdiri daripada Setiausaha UKJ DUN, Setiausaha Lajnah & Jabatan itu berlangsung pada 31 Jan 2010, jam 9.30 mlm hingga 12.00 t/mlm.

Antara objektif utama program tersebut ialah Memaksimakan peranan Setiausaha DUN, Lajnah & Jabatan DPPG dalam menguruskan & mengendalikan organisasi dan Memberi kefahaman dan panduan tentang tanggungjawab setiausaha di peringkat UKJ DUN, Lajnah & Jabatan.

Jawatan Setiausaha merupakan jawatan yang cukup penting dalam sesebuah organisasi. Peranan & skop tugas Setiausaha menjadi nadi & penentu kepada kemajuan & keperkasaan sesebuah organisasi. Justeru itu, setiausaha mesti dilengkapkan dengan ilmu &
kemahiran yang secukupnya agar mampu berperanan dengan cemerlang.

Maka dengan ini Sekretariat DPPG menyediakan sebuah manual sebagai panduan kepada Setiausaha UKJ DUN, Setiausaha Lajnah & Jabatan dalam menjalankan tugasan setiausaha di peringkat masing-masing.