11 December 2009

Tazkirah Jumaat oleh Pemimpin Hamas





Pada 11 Disember 2009 bersamaan 23 Zulhijjah, Masjid Jamek Kg. Nakhoda telah dikunjungi pemimpin Hamas iaitu Syeikh Umar Misri yang juga Ahli Parlimen Palestin mewakili Hamas.Beliau dalam rangka lawatan ke Wilayah Nusantara bersama beberapa orang lagi pimpinan Hamas.Pada malam sebelum itu beliau telah diraikan oleh PAS Selangor dan Dato Menteri Besar Selangor dalam satu majlis ramah mesra dan makan malam di kediaman rasmi Menteri Besar di Seksyen 7, Shah Alam.Para jemaah yang hadir untuk bersolat jumaat di Masjid Jamek Kg. Nakhoda cukup bertuah kerana dapat bertemu secara terus dengan pemimpin yang berhadapan dengan kezaliman yahudi dan tentera kuffar.Dikesempatan ini beliau telah menyampaikan tazkirah jumaat dalam bahasa arab dan telah diterjemahkan oleh imam 1 merangkap Ketua Kampung iaitu Al-Fadhil Ustaz Zakaria Mamat dalam bahasa melayu.Beliau telah menceritakan perkembangan terkini di Gaza dan bumi Palestin.Beliau menyeru semua umat Islam bersatu dalam mempertahankan bumi Palestin terutamanya Masjidil Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang telah 40 tahun berada dalam jajahan Israel yahudi laknatullah.Ini kerana Masjidil Al-Aqsa bukan milik orang Palestin atau bangsa arab sahaja tetapi hak milik semua umat Islam dan wajib bagi setiap umat Islam bagi membebaskan Masjidil Al-Aqsa daripada cengkaman yahudi yang saban hari menzalimi umat Islam di sana.Beliau berharap umat Islam dapat turut sama berjuang dengan nyawa,harta atau sekurangnya mendoakan saudara seakidah kita di Palestin.Beliau memuji umat di Malaysia yang sentiasa prihatin dengan nasib yang menimpa mereka dengan menghulurkan bantuan kewangan yang tidak putus-putus.Gaza ketika ini masih dikepung dan ketika peperangan 22 hari Disember tahun lalu setiap rumah di Gaza telah terkena serangan Yahudi dan ramai telah mati syahid.Makanan dan segala bantuan ketika ini hanya masuk melalui terowong bawah tanah di sempadan Mesir.Setiap orang di Gaza bercita-cita untuk gugur sebagai syuhada.Para muslimat dan ibu-ibu juga tidak ketinggalan untuk sama berjuang dan mempunyai cita-cita syahid.Pemimpin-pemimpin Hamas juga telah melatih 20,000 tentera yang menghafaz Al-Quran untuk berhadapan dengan tentera yahudi.Menurut beliau lagi mereka sangat optimis bukan sahaja untuk membebaskan bumi Gaza tetapi Tebing Barat dan Palestin seluruhnya.Pimpinan Hamas telah mendidik rakyat Palestin dengan semangat jihad untuk menumpaskan musuh Allah ini.Cita-cita mereka hanya satu sahaja iaitu syahid dan mendapat mardatillah.Diakhir terjemahan, Al-Fadhil Ustaz Zakaria telah sedikit sebak mengenangkan kezaliman yang tidak henti-henti daripada musuh Islam ini.Syeikh Umar Misri dipenghujung tazkirahnya telah berdoa dan diaminkan oleh para jemaah.Beliau mendokan kehancuran yahudi laknatullah dan puak-puak munafiq.Selepas tazkirah dan doa Masjid Jamek Kg. Nakhoda telah bergema dengan laungan Takbir yang semestinya dikalangan pemuda yang hadir mempunyai semangat untuk berjuang dan menyimpan cita-cita tertinggi iaitu syahid di jalan Allah,Insya Allah,Takbir!

No comments:

Post a Comment