Kelihatan Ustaz Zakaria yang merupakan Ketua Kampung merangkap imam 1 dan NYDP PAS Gombak memberi semangat kepada para petugas
SU masjid Abg Azman sedang menjerang air
Muslimat Kg. Nakhoda bersemangat menyiapkan bahan-bahan untuk bubur ayura
Diketuai 'tekong' masak hari ini iaitu Ustazah Wani dan pimpinan muslimat Masjid Nakhoda
Abg. Azman dan Abg. Lehan antara orang kuat Masjid Kg. Nakhoda
Kacau-kacau,jangan sampai hangit...SU UKJ antara pemuda yang hadir
Pemuda 'import' Teluk Kemang Sdr. Habib pun 'tersesat' kacau bubur di sini
Hj. Deris telah menukar profesyen dari kontraktor ke tukang bungkus buburKetua DACS Batu Caves tekun menyusun bubur yang telah siap di 'packing'
Pemuda 'import' Teluk Kemang Sdr. Habib pun 'tersesat' kacau bubur di sini
Hj. Deris telah menukar profesyen dari kontraktor ke tukang bungkus buburKetua DACS Batu Caves tekun menyusun bubur yang telah siap di 'packing'
Bersungguh-sungguh Hj. Deris melayan penduduk kampung
Pemuda DUN Batu Caves telah diundang untuk bekerjasama dengan Masjid Jamek Kg. Nakhoda untuk aktiviti tradisi yang diadakan saban tahun di kebanyakkan tempat iaitu memasak bubur asyura,tetapi pertama kali diadakan di Masjid Jamek Kg. Nakhoda sejak mengambilalih pentadbiran Jun lalu sempena menyambut 10 Muharram 1431H pada Ahad bersamaan 27 Disember 2009.
Ini merupakan pengalaman ketiga pemuda dalam pada tahun ini dalam memasak bubur secara bergotong royong.Pada kempen PRK Permatang Pasir Ogos lalu,pemuda telah menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada para penduduk setempat,begitu juga pada Ramadan lalu pemuda telah menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.Cuma pada ketika itu Pemuda DUN Batu Caves turun sebagai pemuda kawasan bersama Pemuda PAS Gombak dan aktiviti memasak bubur ayura pada kali ini hanya melibatkan pemuda DUN sahaja.
Walaubagaimanapun,tradisi memasak bubur asyura pada setiap 10 Muharram wajar dihidupkan semula kerana selain dari amalan-amalan sunat yang dianjurkan, ia boleh kembali membudayakan semangat bergotong-royong,berkerjasama,dan memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk berkongsi rasa bubur asyura yang jarang disediakan.
Aktiviti seumpama ini hendaklah sentiasa diadakan kerana ini adalah peluang kepada kita untuk membuat 'engagement' dengan para penduduk dan boleh saling berkenalan serta mengeratkan ukhuwah.Diharap untuk tahun 2010 yang bakal menjelang boleh mendekatkan lagi para pemuda dengan masyarakat setempat dengan program-program berbentuk kerjasama dengan pihak Masjid,JKKK danJKP. Semoga segala kerja baik ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment