22 December 2009

Sakaratul Maut

BATU CAVES: Satu kemalangan telah berlaku di hadapan SK Taman Selayang Jalan Sg. Tua, Jam 7:21pm, sebuah Proton Iswara berwarna putih dari arah Sungai Tua melanggar pokok dan jejantas sebelum kereta itu terbalik, dipercayai 2 orang lelaki berada didalam kereta tersebut, 1 berbangsa India dan 1 lagi melayu.

Yang berbangsa India dikejar ke Hospital Selayang yang didapati cedera parah dan seorang lagi rakannya mati ditempat kejadian.

Sepasukan Bomba cuba mengeluarkan mangsa dari kereta tetapi gagal kerana peralatan tidak mencukupi dan orang ramai mula berkumpul ditempat kejadian.

Mangsa kelihatan dalam kereta dengan berlumuran darah, mangsa mati dipercayai terentak di kepala.

Ini bahagian sebelah pemandu, kata seorang saksi kereta itu berpusing sebelum merempuh pokok.

Mangsa ditutup dengan paper

Bahagian depan kemek teruk

Surah Yasin milik mangsa


Dalam 9:30pm mangsa berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

laporan oleh: Rafiq ukjbc

No comments:

Post a Comment