30 July 2009

Kebakaran motorsikal




o

Taman Seri Gombak - Petang tadi dalam jam 6.05 petang ketika saya melalui jalan utama Taman Seri Gombak kelihatan motorsikal sedang terbakar. Lalu saya menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan tetapi pihak bomba sudah dihubungi dan dalam perjalanan untuk memberi bantuan. Punca kejadian tidak dapat dipastikan, berlaku sedikit kesesakan lalulintas. Terdapat beberapa orang cuba membantu memadamkan api menggunakan pemadam api jenis serbuk. Api menjulang agak marak,tetapi tidak ada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa. Saya pun agak terkejut ketika melalui jalan itu kerana agak jarang kebakaran berlaku terhadap motorsikal. Semoga semua penunggang motorsikal lebih berhati-hati dan sentiasa memeriksa motorsikal masing-masing dalam keadaan baik dan selamat.

No comments:

Post a Comment