05 February 2010

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

"Allah Kalimah Yang Benar" mengunakannya tujuan yang salah

Pengunaan kalimah Allah oleh penganut agama bukan islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam Negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja Katholik menguna-pakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka, Mahu tak mahu tidak mahu hal sebegini akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan ALLAH adalah sangat mulia di sisi umat Islam.

Apa yang menghairahkan ialah, sebelum ini pangamal ajaran Kristian itu menyebut 'tuhan' dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bertutur dalam berbagai bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan "ALLAH" dari kitab suci (Al-Qur'an), dengan berpegang kepada makna asalnya dalam bahasa Al-Qur'an.

Oleh yang demikian, perkataan "ALLAH" ini tidak diterjemahkan lagi ke dalam bahsa masing-masing, kerana perkataan ALLAH tidak mampu diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain.

Suatu hakikat yang perlu difahami dengan terang dan nyata ialah bahawa umat Islam di serata dunia yang terdiri dari berbagai bangsa dan bercakap berbagai bahasa pula, sedang mengunakan perkataan "ALLAH" mengikut maksudnya yang sebenarnya.

Hujah Secara Positif

Hari ini kita melihat mukjizat Al-Qur'an, apabila mereka memaksa diri untuk menggunakan perkataan "Allah", pada hal selama ini mereka menggunakan perkataan yang menamakan Tuhan dengan bahasa masing-masing seperti GOD & LORD; dan kalau itulah ALLAH mengikut kefahaman mereka, maka ianya adalah tidak tepat dengan maksudnya.

Dalam masa yang sama, umat Islam tidak boleh memaksa kefahaman mereka yang salah ini untuk mengikut ajaran dan takrifan bahasa serta kefahaman umat Islam. Walaupun mereka percaya kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, tetapi mereka melantik tuhan-tuhan yang lain daripadanya dengan berbagai-bagai cara.

Kalangan penganut Kristian memalui kepercayaan Trinity dengan mengadakan isteri dan anak bagi Tuhan mereka, dan agama yang lain menambah perlantikan Tuhan mengikut kefahaman mereka masing-masing.

No comments:

Post a Comment