25 September 2009

1 MALAYSIA

Apa yang dilakukan oleh wakil-wakil Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Perak semalam merupakan satu konspirasi terpendam dan berbahaya yang dirancang oleh Najib untuk memusnahkan demokrasi di Negeri itu.

Memetik dari kenyataan Presiden KeADILan Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata Kurang daripada dua bulan setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib sudah menggadaikan slogan beliau sendiri – ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

"Kini amat jelas bahawa slogan itu hanya suatu gimik politik, dan beliau tidak menghormati rakyat langsung," kata Wan Azizah.

Lagipun, penggunaan mahkamah dan polis untuk campur tangan dalam hal ehwal di bawah dewan undangan negeri adalah jelas suatu percanggahan doktrin pemisahan kuasa yang diiktiraf oleh setiap kerajaan demokratik.

"Malah, tindakan membawa masuk polis ke dalam dewan untuk mengheret keluar Speaker V. Sivakumar adalah satu perbuatan jenayah," jelas beliau dalam kenyataannya.

Persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini adalah sangat memalukan dan merupakan titik hitam yang terbaru dalam politik Malaysia.

"Rakyat negeri Perak telah memilih wakil-wakil mereka dalam bulan Mac 2008, tetapi Umno-BN tidak mengikut peruntukan Perlembagaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah," beliau berkata.

"Rakyat negeri Perak tentu akan menuntut Najib untuk bertanggungjawab di atas peristiwa hitam dalam sejarah negeri itu," kata Wan Azizah mengakhiri kenyataan beliau.

No comments:

Post a Comment