DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR (DPPNS) mengecam tindakan kejam Israel kerana telah menyekat Konvoi Kemanusiaan Viva Palestina dan menyebabkan 16 orang anggota sukarelawan terbunuh, lebih 30 orang lagi cedera.Menurut laporan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Salah sebuah kapal dari 6 kapal untuk misi tersebut iaitu kapal Mavi Marmara dilaporkan telah diserang dengan menggunakan peluru hidup.
Dilaporkan juga bahawa mereka telah merampas kesemua 6 buah kapal Freedom Flotilla yang digunakan untuk misi kemanusiaan tersebut yang sekarang sedang ditunda menuju ke Pelabuhan Haifa, Israel untuk dipenjarakan.
Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut, mereka adalah dari Yayasan Amal Malaysia, HALUANPalestin, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care.
Turut berada dalam kapal Mavi Marmara, Jamiluddin Elias yang juga merupakan Timbalan Pengarah Yayasan Amal Malaysia. Selain itu dua wartawan Astro Awani, Aswad Ismail dan jurugambarnya dilaporkan turut sama berada dalam kapal terbabit yang diserang tentera Israel.
Sehubungan dengan itu, DPPNS mengarahkan seluruh pemuda Selangor untuk turun ke Himpunan Aman Mengecam Israel di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas solat jumaat 4hb Jun 2010. Himpunan akan berarak dari Masjid Kg Baru ke Kedutaan Amerika. (disarankan solat jumaat di Masjid Kg.Baru).
Kami juga menyeru seluruh rakyat yang cintakan keamanan agar dapat hadir bersama menunjukkan sokongan yang padu mendesak agar Amerika bertindak menasihati sekutu rapat mereka itu supaya tidak bertindak diluar batas kemanusiaan.
USTAZ HASBULLAH RIDZWAN
KETUA PEMUDA
視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情
ReplyDelete