27 August 2009

Ihya' Ramadan di Masjid Jamek Kg. Nakhoda

Ustaz Zakaria membuka gelanggang tazkirah pada malam
1 Ramadan

Para jamaah sedang khusyuk mendengar tazkirah



YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa memberikan kuliahnya pada malam 6 Ramadan



YB Ustaz bersama Nazir Masjid Us. Hasbullah Redzwan ingin menjamu selera selepas solat taraweh dan menyampaikan tazkirah


Bulan Ramadan pada tahun ini (1430H) sungguh bermakna bagi pendukung-pendukung gerakan Islam khususnya di Selangor. Sejak pengambilalihan masjid-masjid di seluruh negeri Selangor oleh Jawantakuasa yang baru 1 Jun 2009 yang lalu, rumah-rumah Allah ini telah mengalami anjakan paradigma dari segi kecekapan pentadbiran,pengisian program,pembaharuan fizikal,pengurusan kewangan,pemantapan majlis ilmu dan lain-lain. Alhamdulilah,dengan ruang dakwah yang semakin terbuka luas di Selangor ini,masjid-masjid telah dimakmurkan dan mempunyai 'roh'.

Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pemuda PAS Selangor iaitu Ustaz Hasbullah Mohd Redzwan sebagai nazir Masjid Jamek Kg. Nakhoda,Batu Caves tidak disia-siakan beliau.Banyak program-program yang dirangka sepanjang Ramadan ini. Program ihya' Ramadan di Masjid Jamek Kg. Nakhoda diteruskan dengan siri tazkirah ramadan setiap malam. Bermula dengan iftar jamaie yang diperuntukkan untuk 100 orang muslimin dan muslimat setiap malam.Pihak masjid membuka peluang kepada muslimin muslimat yang tinggal di Kg. Nakhoda untuk mencari sebanyak mungkin pahala dan amalan di bulan mulia ini. Untuk iftar sepanjang 30 hari Ramadan ini, tajaan atau infaq dalam bentuk wang ditawarkan,pihak masjid menetapkan RM700 sehari sebagai perbelanjaan kos makanan untuk majlis iftar.Tawaran ini mendapat sokongan baik daripada para jamaah dan ahli kariah apabila jadual penajaan telah penuh ditempah.Kami sebagai Pemuda PAS DUN Batu Caves juga tidak ketinggalan dalam merebut ganjaran pahala apabila menaja salah satu hari untuk majlis iftar di bulan Ramadan ini. Pihak masjid juga membuka peluang tajaan untuk sahur pada 10 malam terakhir kerana ramai para ahli kariah akan beriktikaf dan berqiammulail.

Solat tarawekh pada tahun ini diadakan sebanyak 8 rakaat dengan diimamkan oleh imam Tahfiz yang berasal dari Indonesia. Selepas itu diadakan majlis ilmu iaitu tazkirah ramadan untuk menambah ilmu para jamaah dan mengambil peluang untuk berdakwah serta memberi kefahaman tentang Islam di atas kehadiran yang ramai di kalangan ahli kariah disusuli dengan solat witir dan taddarus al-quran. Disamping itu jamuan moreh juga disediakan.Program lain yang akan menyusul dalam bulan Ramadan ini adalah program tahsinul quran,kuliah dhuha,kuliah muslimat,khatam quran dan lain-lain.Dengan program-program yang diatur ini diharap dapat mendapat sokongan yang padu dikalangan ahli kariah dan akan terus dimakmurkan selepas Ramadan nanti.Mudah-mudahan dapat menjadikan ahli-ahli kariah di Kg. Nakhoda sebagai insan yang bertaqwa dan beriman kepada Allah s.w.t seperti mana objektif Ramadan itu sendiri.

Jadual tazkirah Ramadan juga telah penuh diisi oleh para Ustaz jemputan dari seluruh Malaysia.Pada malam 1 Ramadan yang lalu imam 1 merangkap Ketua Kg. Nakhoda Ustaz Zakaria Mamat telah membuka gelanggang dengan menjadi pentazkirah yang pertama.Pada malam tadi iaitu 6 Ramadan,para jamaah bertuah dapat mendengar tazkirah daripada Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok iaitu YB Us. Nasharuddin Mat Isa.Beliau mentafsir ayat 174 dalam surah Al-Baqarah yang dibaca imam dalam solat tarawekh dan mengaitkan dengan isu semasa yang sedang melanda negara iaitu kes hukuman sebatan ke atas Kartika atas kesalahan minum arak. Beliau juga mengulas secara ringkas tentang hukum jinayah dan hudud.Mudah-mudahan dengan sedikit pengisian daripada beliau dapat menambah input dan menjadikan kita orang yang bermaklumat.

No comments:

Post a Comment