28 April 2010

Budak 15 tahun mati ditembak polis di shah alam

SHAH ALAM 28 April – Polis telah mengambil keterangan 10 saksi termasuk seorang saksi utama bagi membantu siasatan kes remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh anggota pihak berkuasa itu, pada kelmarin, di Seksyen 11 di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, keterangan saksi utama iaitu rakan kepada remaja terbabit yang melarikan diri semasa kejadian, diambil pihaknya kira-kira pukul 2 petang ini.

Beliau berkata, keterangan sembilan lagi saksi yang kesemuanya anggota polis telah diambil secara berperingkat bermula pada hari kejadian.

”Kita akan cuba menyelesaikan segera dan akan merujuk kes tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada penghujung minggu ini.

Beliau berkata, meminta semua pihak termasuk Ahli Politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, “Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur"

”Siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat anggota yang terlibat masih lagi menjalankan tugas-tugas pejabat seperti diarahkan.

”Selepas siasatan selesai dan kita mendapat arahan lanjut daripada DPP, barulah tindakan seterusnya akan dilakukan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan siasatan kes Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan polis semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri dari dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu.

Dalam pada itu kata Khalid, pihaknya meminta kerjasama saksi-saksi yang melihat kejadian atau terlibat dalam perlanggaran dengan kereta remaja terbabit sebelum dia ditembak agar tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Ujar beliau, mereka boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberikan keterangan atau menghubungi talian 03-5510 2222.

Sementara itu, saksi utama kejadian yang juga merupakan pelajar berusia 15 tahun telah diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.

Saksi tersebut yang merupakan anak seorang anggota polis hadir ke IPK Selangor dengan ditemani oleh peguam, Gobind Singh Deo.

Dalam perkembangan berkaitan, sepasukan forensik menemui sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian, kira-kira pukul 11.30 pagi, lokasi remaja terbabit dipercayai ditembak.

Mereka turut menjejaki kesan-kesan tembakan di beberapa lokasi yang disyaki dilalui remaja itu termasuk di Bulatan Kayangan.

Peluru itu difahamkan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

14 April 2010

05 April 2010

INI BUKAN KEMPEN...!!!!


Sudah hampir seminggu UMNO dan BN telah turun di Hulu Selangor untuk bersama dengan dengan Rakyat Hulu Selangor.

Pihak Polis telah memberi Amaran kepada semua parti Politik tidak membenarkan mengadakan sebarang "KEMPEN PILIHANRAYA" sebelum keputusan calon dan tarikh dikeluarkan.

Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatan beliau ke Hulu Selangor bukannya untuk berkempen, Tapi ini adalah janji kami.

namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru!
Peruntukan segera RM 2 juta untuk atasi masalah banjir!
Sebuah Van jenazah untuk masjid As-sajdin!
Peruntukan RM 100 ribu untuk tempat mengambil wuduk!

INGAT INI BUKAN KEMPEN! HANYA LAWATAN SAHAJA......(Muhyiddin)

04 April 2010

MESYUARAT AGUNG DPPG KALI KE-15

GOMBAK: Terlebih dahulu, marilah kita mengucapkan rasa kesyukuran kepada Allah swt. "Alhamdulillah" Kerana dengan izinya baru sahaja Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan DPPG kali ke-15, Yang dirasmikan oleh: Naib Ketua Pemuda Kedah YB Ustaz Ahmad Izzat bin Hj Shauki.

01 April 2010

MISI BANTUAN BANJIR KILAT

Batu Caves: Gotong Royong Pembersihan Banjir kilat melanda di Kampung Nakhoda dan Kampung Laksamana, Pemuda PAS Batu Caves dengan kerjasama Unit Amal Gombak, JKKK Kampung Nakhoda, JKP Zon 13, dan Briged Amal turun membantu mangsa banjir di Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana.

Gambar Gotong Royong: