30 March 2010

Selamat Bermesyuarat

28 March 2010

SUKAN PASTI (SUKPA) GOMBAK 2010





Assalamualaikum Wr.Wb.

Pihak PASTI KAWASAN GOMBAK Mengucapkan Jutaan Terima Kaish Kepada Semua AJK PAS Kawasan, ADUN, Ahli Majlis, Pemuda, Muslimah, Nisa’ Gombak, MGP, Guru Pasti, adik2 student dan Semua pihak yang terlibat menjayakan SUKPA 2010.

Jasa kalian amat-amat dihargai semoga diberkati & dirahmati oleh Allah s.w.t.

23 March 2010

MESYUARAT DPPG KALI KE 10

Mesyuarat DPPG kali ke 10, di Pejabat PAS Kawasan, dimulakan dengan umul kitab surah Al-Fatihah pada 23/03/2010.

Ucapan Aluan oleh: Ustaz Syarhan Humaizi
(Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak)

Perkara bangkita dibukakan untuk bentang Aktiviti & Program.

Para hadirin sedang bentang program & Aktiviti yang telang berlangsung.

16 March 2010

USRAH MINGGUAN

Usrah Mingguan: Di adakan di Surau Al-Karimiah Kampung Laksamana, dimulakan dengan Umul Quran iaitu Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Al-Mathurat seterusnya dengan Asma'Ul Husnah.

15 March 2010

Pertandingan Laman Web 2010

12 March 2010

MINI KONSERT HIBUR DIDIK

Batu Caves: Program Mini Konsert Hibur Didik Anjuran Bersama :
Adun Batu Caves, JKP Zon 13, PeBT Zon 13, Masjid Al-Amaniah, AYC & Unit Amal Gombak

Konsert ini diadakan diperkarangan Masjid Amaniah, Yang dirasmikan oleh YB Amirudin Shari (Adun Batu Caves)

Artis Ustaz Akhwan Affandi

Menyampaikan nasyid-nasyid Islamiah

Ustaz Akhwan sedang menyampaikan sebuah nasyid berjudul Kelahiran Nabi Mummmad s.a.w

YB Amirudin Shari berada ditengah dan berbaju putih.

Muslimah-muslimah sedang mendengar lagu yang disampaikan oleh Ust Akhwan

Kanak-kanak berdiri diluar sambil mendengar lagu yang disampaikan oleh Ust Akhwan

begini lah suasana malam itu sungguh meriah.

hadirin dan hadirat serta kanak-kanak yang datang pada itu sungguh gembira kerana jarang sekali mengadakan konsenrt sebegini, kali ini mereka begitu bersemangat.

"MINI KONSERT HIBUR DIDIK"
Bersama: Ustaz Akhwan Affandi "
Tarikh : 12 Mac 2010 Masa : 9.30 Malam,
Tempat : Dataran Masjid Al-Amaniah

11 March 2010

Bulan Memakmurkan Masjid

BATU CAVES: Majlis Perlancaran Bulan Memakmurkan masjid yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Nakhoda, Yang dirasmikan oleh YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves)mengimarahkan masjid-masjid seluruh negeri selangor darul ehsan.

Manakala YAB Tuan Ibrahim Tuan Man memberi pengesian melalui Ceramah Ilmu semperna bulan memakmurkan masjid.

YB Amirudin Shari sedang berucap dan merasmikan majlis tersebut.

Program memakmurkan masjid anjuran masjid kg nakhoda ini adalah untuk menarik umat islam kembali meramaikan masjid-masjid.

Setiap muslim (khususnya kaum laki-laki) wajib memakmurkan masjid-masjid Allah dengan berbagai ibadah dan ketaatan, karena padanya ada keutamaan. Dan Allah menyifati orang-orang yang memakmurkan masjid-masjidNya sebagai orang-orang mukmin, sebagaimana dalam firman-Nya,

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah:18)

Dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

(( إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالإيمان، قال الله عز وجل { إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر . . الآية } )) رواه الترمذي وقال : حديث حسن

“Jika kamu melihat orang rajin mendangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi)

Semua bentuk ketaatan apapun yang dilakukan di dalam masjid atau terkait dengan masjid maka hal itu termasuk bentuk memakmurkannya.

07 March 2010

MAJLIS HI-TEA BERSAMA YDP PEKAWANIS

Ucapan perasmian Majlis- YB Amirudin Shaari Adun Bt.Caves

Ucapan oleh Pn Shamsidah Taharim-isteri YB Azmin Ali


Ucapan oleh Pn Masdiana-isteri YB Amirudin Shaari

Ucapan Pengerusi Ibu Tunggal Dun Bt.Caves-Puan Noreha Bt Hj.Omar

Tetamu VIP

Majlis potong kek oleh YDP Pekawanis Puan Sri Salbiah isteri MB Selangor-Tan Sri Khalid Ibrahim

Para tetamu

Pendaftaran Persatuan Ibu Tunggal Dun Bt.Caves
Photo: JB

05 March 2010

Ahli Parlimen PAS sepakat terus laksana amanah rakyat


Ahli-ahli Parlimen PAS dengan tegasnya menyatakan sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.

Satu kenyataan Sekretariat MP PAS yang dikeluarkan di sini, hari ini menyatakan mereka sedar bahawa rakyat mengundi mereka kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.

Oleh itu, mereka kesal dengan tindakan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan itu.

Mereka juga kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha di kalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.

Mereka turut menyeru kepada masyarakat untuk bersama-sama mereka menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.

“Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujar kenyataan itu.

Ahli Dewan Rakyat PAS terdiri daripada

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang),
Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok),
Salahuddin Ayub (Kubang Kerian),
Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena),
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa),
Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai),
Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Puan Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).
Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling),
Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat),
Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang),
Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu),
Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu),
Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh),
Khalid Samad (Shah Alam),
Che Uda Che Nik (Sik),
Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai),
Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap),
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar),
Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pendang).

Manakala ahli Dewan Negara terdiri daripada Senator Muhammad Yusof Husin (Kedah), Senator Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Senator Mumtaz Md Nawi (Kelantan)

04 March 2010

10 AP-PKR Yang Dijangka Isytihar Keluar Parti

Kepimpinan parti kena siasat benar atau tidak, Ini kerana banyak media sebarkan berita-berita PANAS, 10 AP-PKR akan kelaur dari parti.

Pertemuan dengan media ini diadakan minggu selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Sejak pertengahan bulan lalu dua Ahli Parlimen PKR sudah keluar iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng masing-masing wakil rakyat Bayan Baru dan Nibong Tebal dari Pulau Pinang telah memutuskan untuk keluar parti dan pada 3 March Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Senarai yang diperolehi ialah:

1) YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)

2) YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)

3) YB Mohsin Fadzli (Ahli Parlimen Bagan Serai)

4) YB Ab Aziz Ab Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)

5) YB Ahmad b Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)

6) YB Rashid b Din (Ahli Parlimen Merbok)

7) YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)

8) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang)

9) Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)

ana sendiri sms YB Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
untuk mendapat maklumat sebenarnya, tetapi tiada komen!
ini menunjukan mungkin ada benarnya.

Senarai 21 Pengkhianat dalam PKR

Penerbitan ini bulan dimaksudkan untuk memburuk-burukan PKR, tetapi nak dedahkan bahawa mereka-mereka inilah PENGKHIANAT! DURI DALAM DAGIN, yang diberi kepercayaan oleh Kepimpinan PKR dan akhirnya mengkhianatinya, bukan sahaja khianat pada PARTI tetapi pada rakyat yang memberi undi padanya juga terut dikhianati.

Kepiminan Pengkhianat!

1. Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)

2. Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar

3. Naib Presiden, Marina Yusof

4. Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak

5. Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

6. Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)

7. Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha

8. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

9. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor

10. Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip

11. Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)

12. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan


Wakil Rakyat Pengkhianat!

1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim

2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng

3. MP Bagan Serai


Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkhianat!

1. ADUN Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,

2. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,

3. Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,

4. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,

5. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,

6. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong