28 January 2010

Insiden Kepala Babi : Kerajaan Bertanggungjawab

Pemuda PAS Kutuk Tindakan Hina Masjid, Kerajaan Bertanggungjawab.

Dewan Pemuda PAS Gombak kesal atas tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang sanggup menghina rumah Allah dengan meletakkan kepala babi di situ.

Pemuda PAS Gombak yakin ia adalah tindakan terkutuk bagi memanipulasi isu kalimah Allah sehingga tergamak melakukan tindakan keji menghina tempat ibadah di dua masjid di Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.
Ia adalah rentetan kelemahan kerajaan menangani isu kalimah Allah yang semakin hangat selepas keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian.

Justeru, Pemuda PAS Gombak menggesa kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak untuk menangani isu ini dengan lebih bijaksana.

Tindakan-tindakan ”double standard” kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN menampakkan kesan negatif yang bermula daripada insiden mambakar gereja, seterusnya membakar surau dan kini meletakkan kepada babi di masjid.

Jika kerajaan Umno/BN masih dengan sikap sebegini, Pemuda PAS Gombak yakin akan banyak lagi insiden-insiden buruk di luar jangkaan akan berlaku di seluruh negara.

Sehingga ke hari ini, sudah lebih 10 rumah ibadat yang termasuk surau, masjid dan gereja telah menjadi sasaran tindakan-tindakan provokatif pihak akibat ketidakpandaian kerajaan menangani isu ini secara bijaksana.

Justeru, Pemuda PAS Gombak menggesa kerajaan Umno/BN mencontohi tindakan yang diambil oleh PAS dan Pakatan Rakyat yang menangani isu ini dengan jalan muzakarah dan perbincangan.

27 January 2010

Insiden 4 kepala babi di masjid Datuk Harun

Kepala babi ditemui dilontarkan ke dalam perkarangan dua buah masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Kepala babi berkenaan dijumpai di perkarangan masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.

Insiden itu merupakan yang terbaru perbuatan merosak dan mencemarkan rumah-rumat ibadat sepanjang tiga minggu lalu, yang membabitkan 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau.

Serangan ini dipercayai ada kaitan dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk ‘God’.

Menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain kepala babi, kepingan wang kertas juga ditemui ditaburkan di di situ.

Wang juga dijumpai bertaburan

Sementara itu, satu beg plastik yang berisi dua kepala babi hutan di temui di tempat letak kereta Masjid Al-Imam Al-Tirmizi oleh seoang penduduk, Sharif Shaari, 57, yang datang pada jam 5.45 pagi tadi untuk mengerjakan solat Subuh.

Sharif, seorang peniaga, bersama seorang kawannya ternampak beg plastik itu tetapi tidak menyangka ia berisi kepala babi, lalu mereka terus masuk ke masjid untuk mengerjakan solat.

Selepas mengerja solat Subuh, mereka keluar semula untuk memeriksa beg tersebut dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi dua kepala babi hutan.

Mereka juga ternampak kepingan wang kertas ditaburkan di situ. Ia termasuk keping wang seringgit, lima ringgit dan sepuluh ringgit yang semunya berjumlah RM35.

Mereka kemudian terus masuk semula ke masjid dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid berkenaan, Zulkifli mohamad.

Seorang daripada mereka menelefon pihak polis yang tiba kira-kira 6.40 pagi tadi.

Ini bukan kali pertama yang berlalu pada 16 jan 2009 tahun lepas 2 kepala didalam Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gemparkan apabila kepala babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.
Kepala binatang tersebut diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.

22 January 2010

Bukan Islam dijemput hadiri Muktamar PAS

Kelantan dijangka menjadi tuan rumah Muktamar Agung PAS ke-56 Jun ini dan buat pertama kali akan menjemput pemimpin bukan Islam menyertainya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pendekatan baru itu bertujuan agar pemimpin bukan Islam mengetahui dengan jelas matlamat perjuangan PAS yang berasaskan ajaran Islam.


"Kita akan menjemput pemimpin bukan Islam seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (kiri), Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen (kanan) dan beberapa pemimpin lagi supaya mereka turut mengulas dan memahami dengan jelas mengenai agama Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS," katanya dalam kuliah Jumaat di Kota Baharu.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga akan menyediakan buku terjemahan daripada kitab tulisan ulama terkenal dunia Dr Yusoff Qardawi untuk penghayatan pemimpin bukan Islam.

14 January 2010

Futsal Ukhuwwah. DPPG menang! Takbirrrr

Pada hari Rabu, 13hb Januari 2010, lebih kurang pukul 10.00 malam di Court Futsal, Kg Selayang Permai telah berlangsung perlawanan Futsal Persahabatan atau Futsal Ukhuwwah diantara Pemuda PAS Gombak menentang Pemuda PAS Selayang. Perlawanan bermula dengan beberapa perlawanan selingan diantara kedua-dua belah pihak. Keputusan perlawanan selingan ini seimbang diantara kedua-dua belah pihak.

Adakalanya Pemuda Gombak menang dan adakalanya Pemuda Selayang menang. Perlawanan selingan ini berlangsung lebih kurang sejam setengah.

Setelah tamat perlawanan selingan ini, akhirnya perlawanan yang sebenarnya berlangsung diantara kedua-dua belah pihak. Syarat perlawanan akhir ini ialah hanya exco sahaja yang dibenarkan untuk bermain, yang bukan exco jadi penyokong. Akhirnya setelah bertungkus lumus selama lebih kurang setengah jam, perlawanan berkesudahan dengan Pasukan Futsal Pemuda Gombak telah berjaya mengalahkan Pasukan Futsal Pemuda Selayang dengan jaringan 5 gol berbalas 3 ( 5 - 3 ).

Tahniah kepada pasukan Pemuda Gombak. Diharapkan dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini di masa hadapan. Kepada Pemuda Selayang, cuba lagi, jangan putus asa, berlatih banyak lagi sebelum nak lawan kami (nada riak ). Takbirrrrrrrrrr

MAJULAH SUKAN UNTUK ISLAM

Muhammad Fadzli Abu Bakar
Ketua DACS DPPG

13 January 2010

Nama "Allah" Bukan Isu Perkauman

Kenyataan Media Kelab Anwar Ibrahim (AIC)12 Januari 2010

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) memandang serius akan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagaimana yang disiarkan di bawah tajuk Hishamuddin: Police Probing Further Into Church Attacks dalam akhbar The Sun edisi atas talian bertarikh 12 Januari 2010.

Ia berikutan beliau merujuk satu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara lain menyebut:

"much of the blame for the attacks can be placed at the doorstep of the Umno-led Barisan Nasional government.."

Respon Hishamuddin bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak, termasuk Anwar atau dirinya sendiri, sekiranya terbukti wujud usaha untuk mengancam keselamatan negara dengan isu-isu perkauman, dilihat sebagai satu respon yang sangat mengelirukan.

AIC melihat isunya ialah kelesuan instrumen kerajaan bertindak mengekang siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat yang kelihatan semakin menggusarkan dari hari ke hari. Ini disokong dengan kenyataan Ketua Polis Negara bahawa pihak polis kekurangan anggota untuk mengawal kawasan gereja daripada sebarang ancaman.

Jika dibandingkan dengan demonstrasi BERSIH dan Anti-ISA yang pernah dianjurkan dahulu, pihak berkuasa begitu proaktif di dalam menjalankan usaha-usaha pencegahan termasuklah mengerah ribuan polis untuk melakukan tangkapan rawak,sekatan jalanraya dan juga mengekang para demonstran di ibu kota dengan menggunakan gas pemedih mata. Tetapi kenapa tindakan sebegini proaktif gagal diambil dalam mengekang ancaman ke atas rumah-rumah ibadat yang jelas beroperasi dengan hak Perlembagaan sebagaimana yang dijamin melalui Artikel 11? Inilah yang patut dipersoalkan ke atas instrumen kerajaan yang bertanggungjawab seperti Kementerian Dalam Negeri bawah seliaan Hishamuddin.

Apakah Hishamuddin secara terbuka mengakui bahawa Umno berdiri sebagai sebuah parti perkauman di sebalik kenyataan Anwar tersebut? Sekiranya benar, maka jelaslah ia bercanggah sama sekali dengan semangat "Umno Juara Rakyat" yang sedang dicanang di seluruh negara mutakhir ini di mana Umno ditonjolkan sebagai parti untuk rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Isunya sama sekali bukan persoalan perkauman.Ia melangkaui sempadan perkauman di mana rakyat tercari-cari apakah inisiatif kerajaan untuk mengawal keadaan seumpama ini?

AIC juga mempersoalkan apakah kenyataan Hishamuddin itu boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menahan Anwar sekali lagi dengan menggunakan apa cara sekalipun?

AIC yakin dan percaya bahawa Hishamuddin harus memfokuskan kepada usaha untuk menghentikan segala bentuk ancaman ke atas gereja-gereja dan dalam masa yang sama menggesa semua pihak menghormati keputusan mahkamah yang telahpun menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas sehingga ia disemak semula di peringkat Mahkamah Rayuan kelak.

Rakyat tidak mahu melihat isu ini berpanjangan lagi tanpa penyelesaian pintar.Rakyat menantikan penyelesaian, bukannya mengancam mana-mana pihak yang memberikan pandangan, yang akhirnya akan dijadikan satu 'saham' untuk menghalalkan mereka bertindak secara salah. Usah hilangkan keyakinan rakyat kepada kredibiliti instrumen kerajaan.

Muhammad Shukri Md Saad
Presiden
Kelab Anwar Ibrahim (AIC

11 January 2010

Retreat DPPG Bincang Perancangan Tahun 2010

ULU YAM - Satu program Retreat Dewan Pemuda PAS Gombak serta UKJ-UKJ DUN Batu Caves, Gonbak Setia dan Hulu Kelang tahun 2010 telah diadakan di sini. Program melibatkan hampir 50 orang peserta ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam.

Ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas Gombak, Al-Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi, Berkata: Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: tidak akan melepasi kaki-kaki anak adam di hari kiamat melaikan Allah s.w.t. soal 4 perkara!

1. berkaitan dengan umur kemana kita habiskan,

2. kemana usia muda kita digunakan,

3. Kemana harta yang kita perolehi, dari mana sumbernya dan di mana kita belanjakan,

4. Kemana kamu gunakan Ilmu-ilmu yang kamu perolehi,

Ana rasa gembira bila sahabat-sabahat dating dengan ikhlas dan ketiga-tiga DUN mehantar wakil-wakilnya yang dapat hadir pada hari ini, pertemuan kita ini adalah atas dasar kasih dan cinta kita kepada Allah S.W.T yang menhubungkan hati-hati kita, dan insya Allah S.W.T. hati-hati kita ini akan bergabung bukan untuk melakukan “Maksiat” tetapi untuk melakuan kerja-kerja “DAKWAH ISLAMIYAH”.

Retreat ini adalah bertujuan untuk menyusun perancangan program tahun 2010 ini, kita akan membincangkan kaedah aktiviti-aktiviti dan dalam masa yang sama kita fikir juga aktiviti untuk Lajnah dan untuk Parti serta kita kena merancang bagai mana nak manfaat iktususi Kerajaan yang kita ada pada hari ini.

Peserta yang terlibat di dalam program ini adalah Ahli-ahli Exco DPPG dan juga AJK-AJK UKJ setiap DUN yang turut dipanggil untuk membentuk pasukan fokus kerja perbincangan dalam program ini.

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk menggariskan fokus kerja dan objektif DPPG sepanjang tahun 2010 ini dan sekaligus menetapkan taqwim aktiviti sepanjang tahun 2010. Di samping itu, kelemahan-kelemahan dan muhasabah turut dilakukan terhadap perancangan aktiviti sepanjang tahun 2009 lalu.

Ketua DPPG, Ustaz Syarhan Humaizi dalam ucapan penutupnya menegaskan peri pentingnya perbincangan dan perancangan ini dilakukan supaya gerakerja DPPG dan UKJ-UKJ DUN dilaksanakan mengikut objektif dan fokus kerja supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

Di akhir program, satu garis panduan kerja bagi DPPG dan UKJ DUN berjaya dihasilkan serta taqwim aktiviti tahun 2010 berjaya dikeluarkan. Adalah menjadi harapan yang tinggi agar segala perancangan yang telah dibincangkan ini akan dapat dicapai sepanjang tahun 2010 ini dan menjadikan aktiviti DPPG khususnya di DUN Hulu Kelang ini lebih cemerlang berbanding tahun 2009, Insya-Allah

Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Batu Caves