
30 March 2010
28 March 2010
SUKAN PASTI (SUKPA) GOMBAK 2010
Assalamualaikum Wr.Wb.
Pihak PASTI KAWASAN GOMBAK Mengucapkan Jutaan Terima Kaish Kepada Semua AJK PAS Kawasan, ADUN, Ahli Majlis, Pemuda, Muslimah, Nisa’ Gombak, MGP, Guru Pasti, adik2 student dan Semua pihak yang terlibat menjayakan SUKPA 2010.
Jasa kalian amat-amat dihargai semoga diberkati & dirahmati oleh Allah s.w.t.
23 March 2010
MESYUARAT DPPG KALI KE 10
16 March 2010
USRAH MINGGUAN
15 March 2010
12 March 2010
MINI KONSERT HIBUR DIDIK
Adun Batu Caves, JKP Zon 13, PeBT Zon 13, Masjid Al-Amaniah, AYC & Unit Amal Gombak
Konsert ini diadakan diperkarangan Masjid Amaniah, Yang dirasmikan oleh YB Amirudin Shari (Adun Batu Caves)
Bersama: Ustaz Akhwan Affandi "
Tarikh : 12 Mac 2010 Masa : 9.30 Malam,
Tempat : Dataran Masjid Al-Amaniah
11 March 2010
Bulan Memakmurkan Masjid
Manakala YAB Tuan Ibrahim Tuan Man memberi pengesian melalui Ceramah Ilmu semperna bulan memakmurkan masjid.

Program memakmurkan masjid anjuran masjid kg nakhoda ini adalah untuk menarik umat islam kembali meramaikan masjid-masjid.
Setiap muslim (khususnya kaum laki-laki) wajib memakmurkan masjid-masjid Allah dengan berbagai ibadah dan ketaatan, karena padanya ada keutamaan. Dan Allah menyifati orang-orang yang memakmurkan masjid-masjidNya sebagai orang-orang mukmin, sebagaimana dalam firman-Nya,
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan sholat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah:18)
Dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
(( إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالإيمان، قال الله عز وجل { إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر . . الآية } )) رواه الترمذي وقال : حديث حسن
“Jika kamu melihat orang rajin mendangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi)
Semua bentuk ketaatan apapun yang dilakukan di dalam masjid atau terkait dengan masjid maka hal itu termasuk bentuk memakmurkannya.
07 March 2010
MAJLIS HI-TEA BERSAMA YDP PEKAWANIS
05 March 2010
Ahli Parlimen PAS sepakat terus laksana amanah rakyat
Ahli-ahli Parlimen PAS dengan tegasnya menyatakan sepakat untuk terus melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
Satu kenyataan Sekretariat MP PAS yang dikeluarkan di sini, hari ini menyatakan mereka sedar bahawa rakyat mengundi mereka kerana mahu kepada perubahan dari suasana ketidakadilan, kezaliman, kemiskinan dan ketidaksamarataan hak-hak asasi kepada satu kerajaan berkebajikan dan bersih yang berasaskan prinsip-prinsip agama dan moral.
Oleh itu, mereka kesal dengan tindakan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang telah memilih untuk meninggalkan prinsip-prinsip murni perjuangan itu.
Mereka juga kekal yakin dengan perjuangan dan kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha di kalangan masyarakat dan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang pada 15 Mac ini.
Mereka turut menyeru kepada masyarakat untuk bersama-sama mereka menentang cadangan-cadangan baru kerajaan BN menaikkan harga petrol dan barang-barang keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti GST.
“Kami juga ingin menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujar kenyataan itu.
Ahli Dewan Rakyat PAS terdiri daripada
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang),
Ustaz Nasharudin Mat Isa (Bachok),
Salahuddin Ayub (Kubang Kerian),
Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena),
Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa),
Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai),
Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Puan Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmood (Kota Raja),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).
Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (Baling),
Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat),
Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang),
Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu),
Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu),
Ustaz Muhammad Husin (Pasir Puteh),
Khalid Samad (Shah Alam),
Che Uda Che Nik (Sik),
Ustaz Firdaus Jaafar (Jerai),
Ustaz Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap),
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar),
Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pendang).
Manakala ahli Dewan Negara terdiri daripada Senator Muhammad Yusof Husin (Kedah), Senator Ahmad Rosli Ibrahim (Kelantan), Senator Mumtaz Md Nawi (Kelantan)
04 March 2010
10 AP-PKR Yang Dijangka Isytihar Keluar Parti
Pertemuan dengan media ini diadakan minggu selepas bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim mengakui akan ada lebih ramai lagi Ahli Parlimen PKR bakal keluar parti itu, sekali gus memainkan peranan sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.
Sejak pertengahan bulan lalu dua Ahli Parlimen PKR sudah keluar iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim dan Tan Tee Beng masing-masing wakil rakyat Bayan Baru dan Nibong Tebal dari Pulau Pinang telah memutuskan untuk keluar parti dan pada 3 March Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.
Senarai yang diperolehi ialah:
1) YB Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu)
2) YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota)
3) YB Mohsin Fadzli (Ahli Parlimen Bagan Serai)
4) YB Ab Aziz Ab Kadir (Ahli Parlimen Ketereh)
5) YB Ahmad b Kassim (Ahli Parlimen Kuala Kedah)
6) YB Rashid b Din (Ahli Parlimen Merbok)
7) YB Zainal Abidin Ahmad (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
8) YB Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Teluk Kemang)
9) Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
ana sendiri sms YB Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju)
untuk mendapat maklumat sebenarnya, tetapi tiada komen!
ini menunjukan mungkin ada benarnya.

Senarai 21 Pengkhianat dalam PKR
Kepiminan Pengkhianat!
1. Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari (Orang Kuat Raja Sesumpah, Ezam Noor)
2. Timbalan Presiden, Chandra Muzaffar
3. Naib Presiden, Marina Yusof
4. Naib Presiden Saidatul Badru Tun Said Keruak
5. Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
6. Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim (Tumpu bidang perniagaan, sahabat baik Zahrain)
7. Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Taha
8. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
9. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ezam Mohd. Noor
10. Naib Ketua AMK, Zahid Md. Arip
11. Setiausaha AMK, Lokman Adam (kini Exco Pemuda Umno)
12. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) S. Nallakaruppan
Wakil Rakyat Pengkhianat!
1. Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim
2. MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng
3. MP Bagan Serai
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkhianat!
1. ADUN Behrang (ADUN), Jamaluddin Mohd. Radzi,
2. ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu,
3. Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan ADUN Penanti, Mohd. Fairuz Khairuddin,
4. ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah,
5. ADUN Lunas, Mohd. Radzi Salleh,
6. ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong