27 August 2009

Program Intensif Tahsin Al-Quran

Ihya' Ramadan di Masjid Jamek Kg. Nakhoda

Ustaz Zakaria membuka gelanggang tazkirah pada malam
1 Ramadan

Para jamaah sedang khusyuk mendengar tazkirah



YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa memberikan kuliahnya pada malam 6 Ramadan



YB Ustaz bersama Nazir Masjid Us. Hasbullah Redzwan ingin menjamu selera selepas solat taraweh dan menyampaikan tazkirah


Bulan Ramadan pada tahun ini (1430H) sungguh bermakna bagi pendukung-pendukung gerakan Islam khususnya di Selangor. Sejak pengambilalihan masjid-masjid di seluruh negeri Selangor oleh Jawantakuasa yang baru 1 Jun 2009 yang lalu, rumah-rumah Allah ini telah mengalami anjakan paradigma dari segi kecekapan pentadbiran,pengisian program,pembaharuan fizikal,pengurusan kewangan,pemantapan majlis ilmu dan lain-lain. Alhamdulilah,dengan ruang dakwah yang semakin terbuka luas di Selangor ini,masjid-masjid telah dimakmurkan dan mempunyai 'roh'.

Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Pemuda PAS Selangor iaitu Ustaz Hasbullah Mohd Redzwan sebagai nazir Masjid Jamek Kg. Nakhoda,Batu Caves tidak disia-siakan beliau.Banyak program-program yang dirangka sepanjang Ramadan ini. Program ihya' Ramadan di Masjid Jamek Kg. Nakhoda diteruskan dengan siri tazkirah ramadan setiap malam. Bermula dengan iftar jamaie yang diperuntukkan untuk 100 orang muslimin dan muslimat setiap malam.Pihak masjid membuka peluang kepada muslimin muslimat yang tinggal di Kg. Nakhoda untuk mencari sebanyak mungkin pahala dan amalan di bulan mulia ini. Untuk iftar sepanjang 30 hari Ramadan ini, tajaan atau infaq dalam bentuk wang ditawarkan,pihak masjid menetapkan RM700 sehari sebagai perbelanjaan kos makanan untuk majlis iftar.Tawaran ini mendapat sokongan baik daripada para jamaah dan ahli kariah apabila jadual penajaan telah penuh ditempah.Kami sebagai Pemuda PAS DUN Batu Caves juga tidak ketinggalan dalam merebut ganjaran pahala apabila menaja salah satu hari untuk majlis iftar di bulan Ramadan ini. Pihak masjid juga membuka peluang tajaan untuk sahur pada 10 malam terakhir kerana ramai para ahli kariah akan beriktikaf dan berqiammulail.

Solat tarawekh pada tahun ini diadakan sebanyak 8 rakaat dengan diimamkan oleh imam Tahfiz yang berasal dari Indonesia. Selepas itu diadakan majlis ilmu iaitu tazkirah ramadan untuk menambah ilmu para jamaah dan mengambil peluang untuk berdakwah serta memberi kefahaman tentang Islam di atas kehadiran yang ramai di kalangan ahli kariah disusuli dengan solat witir dan taddarus al-quran. Disamping itu jamuan moreh juga disediakan.Program lain yang akan menyusul dalam bulan Ramadan ini adalah program tahsinul quran,kuliah dhuha,kuliah muslimat,khatam quran dan lain-lain.Dengan program-program yang diatur ini diharap dapat mendapat sokongan yang padu dikalangan ahli kariah dan akan terus dimakmurkan selepas Ramadan nanti.Mudah-mudahan dapat menjadikan ahli-ahli kariah di Kg. Nakhoda sebagai insan yang bertaqwa dan beriman kepada Allah s.w.t seperti mana objektif Ramadan itu sendiri.

Jadual tazkirah Ramadan juga telah penuh diisi oleh para Ustaz jemputan dari seluruh Malaysia.Pada malam 1 Ramadan yang lalu imam 1 merangkap Ketua Kg. Nakhoda Ustaz Zakaria Mamat telah membuka gelanggang dengan menjadi pentazkirah yang pertama.Pada malam tadi iaitu 6 Ramadan,para jamaah bertuah dapat mendengar tazkirah daripada Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok iaitu YB Us. Nasharuddin Mat Isa.Beliau mentafsir ayat 174 dalam surah Al-Baqarah yang dibaca imam dalam solat tarawekh dan mengaitkan dengan isu semasa yang sedang melanda negara iaitu kes hukuman sebatan ke atas Kartika atas kesalahan minum arak. Beliau juga mengulas secara ringkas tentang hukum jinayah dan hudud.Mudah-mudahan dengan sedikit pengisian daripada beliau dapat menambah input dan menjadikan kita orang yang bermaklumat.

19 August 2009

FORUM IHYA' RAMADHAN

Tazkirah Fiqrah Ramadhan

Al-Fadhil Ustaz Azhar Bin Haji Yahya
Menyampaikan Tazkirah Usrah Gabungan yang bertajuk
"FIQRAH RAMADHAN"
di Bangunan Pusat Perubatan Darussalam.
Yang turut hadir ialah TKP Kawasan Gombak Saudara Azizul Abu Bakar.

Hampir 50 orang pemuda-pemuda yang hadir pada malam itu,

Semua khusyuk sedang mendengar Tazkirah! yang disampaikan oleh
Al-Fadhil Ustaz Azhar Bin Haji Yahya.

17 August 2009

Jaulah Pemuda Pas DUN Batu Caves

Ini adalah Juara Pemuda Pas DUN Batu Caves Tahun 20??

Azizul memang pakar terjun tiruk...

dah sedap mandi ....memang lapar punya.

06 August 2009

Pemerintahan Umno Punca Masalah Arak – Pemuda PAS Selangor

SHAH ALAM (PemudaGombak.com)– Pemuda PAS Selangor menyelar sikap “munafik” Umno yang kononnya hendak menjadi juara di dalam isu arak di Negari Selangor.

YB Ronnie Liu menerima memorandum daripada Dewan Pemuda PAS Selangor.


Walhal selama ini, kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Umno/BNlah yang meng’halal’kan penjualan arak di selangor malah di seluruh Malaysia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan di dalam satu sidang media yang diadakan selepas serahan memorandom mengenai isu arak di MBSA oleh DPPNS kepada YB Ronnie Liu di pejabatnya di tingkat 15 bangunan suk pada pukul 4.30ptg tadi.

Rombongan DPPNS diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Sdr A. Zaidy Abd Mutalib.

Perbincangan tentang isu ini telah berjalan selama dua jam bersama YB Ronnie Liu dan DPPNS telah menyerahkan isi memorandom sebagai desakan DPPNS terhadap insiden yang berlaku.

Ia jelas bertujuan untuk melaga-lagakan kesatuan dan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat apabila Umno kononnya sanggup berdemonstrasi untuk membantah tindakan YB Ronnie Liu.

DPPN Selangor tidak akan melayan sebarang percubaan Umno Selangor untuk mengeruhkan keadaan ini.

DPPN Selangor menolak cadangan untuk berdemostrasi bersama-sama Umno bagi membantah perkara tersebut.

DPPN Selangor melihat percubaan Umno untuk memperalatkan isu ini sebagai satu tindakan munafik kerana merekalah sebenarnya punca kekecohan ini petik kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut juga menyebut bahawa punca utama masalah ini ialah apabila Umno yang memerintah Selangor semenjak 52 tahun lalu dengan sengaja membiarkan arak dijual secara berleluasa.

Bahkan, di Selangor sendiri terdapat dua buah kilang arak yang besar yang terletak di kawasan penduduk Melayu.

Ternyata slogan‘Penerapan Nilai-nilai Islam’ dan ‘Islam Hadhari’ yang dilaung-laungkan oleh Umno selama ini adalah palsu semata-mata.

Dalam masa sama DPPNS mencabar Umno melakukan bantahan dan tindakan yang serupa terlebih dahulu ke atas negeri-negeri dibawah pemerintahan Umno (BN) sekiranya mereka ingin menfikan yang mereka bukan bermuka-muka dan munafik dalam isu penjualan arak ditempat terbuka ini.

05 August 2009

BERHUBUNG ISU ARAK DAN MINUMAN KERAS DI SELANGOR.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata: Dewan Pemuda PAS Selangor menyokong penuh tindakan MBSA yang mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang menjual bir atau minuman keras di kawasan komuniti Melayu Islam. Kita meyakini bahawa tindakan mereka adalah berdasarkan bidangkuasa yang ada dan desakan komuniti Melayu di MBSA yang mahu penjualan arak atau bir di kawal dengan serius ditempat dan kawasan mereka.

Kami juga mengharapkan pihak negeri dapat segera menyelaraskan arahan dan tindakan tersebut di seluruh PBT supaya tidak wujud arahan atau tindakan secara persendirian oleh mana-mana exco katanya.

Kami juga mendesak supaya undang-undang syariah negeri selangor yang telah sedia ada berkaitan arak atau minuman keras yang membabitkan hanya orang Islam di Selangor di kuat kuasakan secara serius oleh Kerajaan Negeri.

Kita juga bersetuju dengan cadangan yang mahu supaya satu pentakrifan baru terhadap minuman keras di berikan untuk kebaikan masyarakat secara keseluruhan. Pihak kami akan menyampaikan memorandum berkaitan isu ini kepada pihak Kerajaan Negeri.

Tujuan dan hasrat kita menyatakan perkara ini adalah untuk menjaga kepentingan dan kebaikan orang Melayu Islam dan kita mengharapkan semua pihak dapat memahami dan bekerjasama ke arah tersebut dan kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan dan tidak menghormati kehendak masyarakat Melayu Islam katanya.

02 August 2009

Travelog Demonstrasi MANSUH ISA

Para pemuda Gombak dijadualkan berkumpul di Pejabat PAS Kawasan Gombak jam 10 pagi sebelum turun ke Masjid Negara untuk berdemonstrasi.

Takbir! Takbir! Masing-masing tersenyum untuk berhadapan
dengan FRU dan polis.

sudah ramai yang berkumpul di sana. Masing-masing membawa pelbagai peralatan untuk demosntrasi, terutama penutup muka dan garam.

Ustaz Salehuddin Nasir, Yang Dipertuan (YDP) PAS Kawasan Gombak (PKG) turut kelihatan. Beliau yang berjiwa muda turut menyertai Pemdua PAS Gombak untuk ke demonstrasi MANSUH ISA kali ini. Selain itu, Ustaz Hasbullah (Ketua Pemuda PAS Selangor), Ustaz Syarhan (Ketua Pemuda PAS Gombak), turut bersama-sama untuk ke demonstrasi.

Sejerus selepas itu, kami semua berkumpul di luar pejabat sambil membahagi-bahagi risalah Buletin PemudaGombak.com untuk diedarkan kepada orang ramai pada demonstrasi itu nanti. Juga beberapa keping banner untuk digunakan ketika demonstrasi nanti.

Berita Penuh: PemudaGombak.com