30 July 2009

Adun PAS Permatang Pasir meninggal dunia.

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Mewakili pihak PAS, Mahfuz mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham di atas pemergian Adun Permatang Pasir.

"Beliau seorang yang cukup baik, rapat dengan rakyat, komited dan wakil rakyat yang memahami kehidupan rakyat, beliau rakan saya yang banyak membantu saya terutamanya ketika saya ditahan ISA (operasi lalang).Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

"Beliau juga adalah teman yang amat memahami, saya rasai kehilangan yang sangat besar kepada satu perjuangan," ujarnya.

Polis mulakan sekatan jalan raya menjelang perhimpunan ISA esok

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - Polis telah mula mengadakan sekatan jalan raya sejak pagi tadi di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalu lintas hari ini bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan iaitu pro-ISA dan anti-ISA akan meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

Esok kumpulan pro-ISA merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOGO, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak pada jam 2.00 petang menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kebakaran motorsikal




o

Taman Seri Gombak - Petang tadi dalam jam 6.05 petang ketika saya melalui jalan utama Taman Seri Gombak kelihatan motorsikal sedang terbakar. Lalu saya menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan tetapi pihak bomba sudah dihubungi dan dalam perjalanan untuk memberi bantuan. Punca kejadian tidak dapat dipastikan, berlaku sedikit kesesakan lalulintas. Terdapat beberapa orang cuba membantu memadamkan api menggunakan pemadam api jenis serbuk. Api menjulang agak marak,tetapi tidak ada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa. Saya pun agak terkejut ketika melalui jalan itu kerana agak jarang kebakaran berlaku terhadap motorsikal. Semoga semua penunggang motorsikal lebih berhati-hati dan sentiasa memeriksa motorsikal masing-masing dalam keadaan baik dan selamat.

Motosikal terbakar

Ops Poster Demo Mansuh ISA

Kelihatan Abg. Kassim Su dan Jefri sedang memastikan
keselamatan Abu
Hancur...hancur....hancur Kezaliman...hancur ISA...!!
Along pun kita bagi mansuh jugak...
Di perhentian bas depan warta

Batu Caves, 30 Julai - Seramai 4 orang ahli UKJ Batu Caves telah menyertai ops memasang poster ISA di sekitar DUN Batu Caves malam tadi. Gerak kerja menampal poster telah dilakukan dibeberapa kawasan tumpuan seperti perhentian bas,papan kenyataan dan lain-lain. Semoga dengan hebahan maklumat melalui poster,handbill dan sebagainya dapat menarik lebih ramai orang turun ke demo mansuhkan ISA ini. Bagi menyahut arahan dan seruan daripada PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Gombak,UKJ DUN Batu Caves akan mengerah seluruh ahli pemuda di DUN Batu caves untuk turun berdemo pada 1 Ogos ini. UKJ Batu Caves juga menentang segala bentuk kezaliman yang telah digunakan dalam akta ISA yang kejam ini. Beberapa orang ahli UKJ juga akan terlibat dengan Unit Amal untuk bertugas menjaga keselamatan para peserta demonstrasi pada Sabtu ini. Ayuh kita gerakkan mobilisasi untuk memimpin rakyat turun pada 1 Ogos ini.

25 July 2009

KES KEMATIAN BENG HOCK

Datuk Husam Musa berkata: Concept Islam sangat mudah! Membunuh satu manusia sama membunuh seluruh manusia, tidak kira mereka bangsa Melayu, China atau India.

Adik kita saudara Beng Hock telah dibunuh! Para pendapat saya tidak syak lagi Beng Hock dibunuh!!! bukan seperti media malaysia yang mengatakan Beng Hock membunuh diri.
Dia adalah adik kita tanggungjawab kita menuntut bela diatas kematiannya.

Kenyataan Ketua Pengarah (SPRM) Dato' Seri Ahmad Said Hamdan: ini adalah isu perkauman Beng Hock adalah orang CINA! Kita adalah orang Melayu.

Beng Hock juga manusia! Nyawa sama nilai dengan nyawa orang melayu! Tidak kira Melayu, Cina atau India yang pasti seorang anak bangsa nagara dibunuh! Kita wajib menuntut bela.

Agar Suruhanjaya Bebas ditubuhkan secepat mungkin bagi meniasat bukan sahaja kematian Beng Hock tetapi satu harapan bagi kerajaan Pakatan Rakyat, saya juga bersetuju dengan Ketua Pengarah SPRM harus meletakan jawatan dan kita tidak setuju polis meniasat dalam kes ini, kerana sendiri buat salah dan sendiri pula meniasat? Sampai bila-bila kita tak akan jumpa penyelasaian.

12 July 2009

"PAKAT KELIK UNDI BULE"

Pesanan kepada semua rakyat dan anak Kelantan yang berada di semananjung terutamanya di lembah kelang "Pakat Kelik Undi Bule"

pesanan dari Tok Guru Nik Aziz 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih dan beri kertas undi pangkah bulan' kepada rakyatnya sejak dulu lagi sememangnya 'dipegang' kuat orang-orang Kelantan lebih-lebih lagi apabila menghadapi pilihan raya.

Walaupun pelbagai tawaran cuba diberikan oleh pihak Umno/BN bagi memenangi hati rakyat Kelantan agar rakyat negeri itu boleh memberi laluan kepada mereka untuk memerintah ternyata rakyat negeri itu tidak mudah dimakan pujuk rayu.

Amanat Tuan Guru kepada rakyatnya tidak akan luntur dengan tawaran-tawaran menarik Umno/BN baik hendak menjadikan negeri Serambi Mekah itu sebagai Pusat Ketamadunan Islam yang terbilang jika mereka memerintah.

Tawaran itu dilontarkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, bukan itu sahaja beliau juga ingin membina sebuah masjid yang bernilai RM2.1 juta di Guchil, Kuala Krai.

Najib harus ingat, rakyat Kelantan mempunyai 'chemistry' yang kukuh dengan Tok Guru, mereka tidak pandang pada projek-projek yang bernilai jutaan ringgit, yang penting pemerintahan beliau dalam membela kebajikan sejak dulu lagi.

06 July 2009

SUKAN PASTI GOMBAK SUKPA 2009

Sukan Pasti Gombak SUKPA 2009 telah diadakan pada 5 julai 09, di Padang Pinggiran Batu Caves, yang di rasmikan oleh: Y. Bhg. En Mohd Radzi Yusof, Tim YDP PAS Gombak, 17 Kontijen dari Pasti-pasti seluruh kawasan gombak, sukan ini merupakan sukan tahunan Pasti

Kata Aluan oleh: Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi

Rasmikan oleh: Y. Bhg. En Mohd Radzi Yusof, Tim YDP PAS Gombak,

01 July 2009

CERAMAH UMUM

TUAN GURU HANYA MAHU BERDEBAT DENGAN NAJIB

Mursyidul am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya mahu berdebat dengan Perdana Menteri bukan orang lain.

Tuan Guru berkata: saya tidak mahu orang lain yang berdebat dengar saya, yang hanya saya mahu adalah Najib itu sendiri sebab beliau adalah sebagai seorang ketua kerajaan memerintah,
Kenyataan bekas dua orang perdana menteri itu suruh berbincang, kita nak bincang apa lagi har-hari kita sudah bincang didalam dewan rakyat dan di parlimen itu mananya berbincang, nak jumpa satu sama lain dalam balik khas atau dipejabatnya itu bulan cara penyelesaian katanya.

Tuan guru berkata: kita sudah pun berbincang, nasihat pun saya telah beri dan dalam ceramah, kuliah serta usrah saya berbincang sudah habis, sekarang hanya tinggal ialah DEBAT satu sama lain di tempat terbuka dan saya tidak suka saya pergi dalam bilik dia dan dia datang dalam bilik saya, yang saya nak biar ditempat terbuka atau dikaca TV dan sebagainya.

Dalam sama yang sama Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang berkata: itu gambaran sudah lama berlaku sejak tahun 1984 di zaman Dr. Mahathi lagi mereka sudah menolak dan membuat kenyataan bahawa UMNO tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.