30 April 2009

Dilema Najib

Klik gambar untuk besarkan





26 April 2009

Tahniah Pasukan Selangor! Piala FA Milik Kita!

UKJ Pemuda PAS Batu Caves, Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Selangor atas kejayaan menewaskan pasukan Kelantan sekali gus menggondol Piala FA.

Piala berprestij ini berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 1-1 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Stadium Bukit Jalil dipenuhi warna merah apabila penyokong pasukan masing –masing memakai pakaian merah dan membawa bendera negeri yang masing-masing berwarna merah.


Merah: Penyokong Piala FA (Eh, bendera PAS pun ada?)


Merah: Penonton Perlawanan Piala FA. Penyokong Kelantan


Merah: Penonton Perlawanan Piala FA. Ini pula penyokong Selangor

Ia mengingatkan kita kepada kumpulan baju merah pada siri tunjuk perasaan di Thailand seminggu sebelum itu yang menggagalkan sidang kemuncak Asean.




Merah: Demonstrasi di Thailand





Merah: Lagi para penunjuk perasaan di Thailand.


Ia juga mengingatkan kepada demonstrasi PROTES pada julai 2008 yang turut menggunakan warna tema yang sama; merah!


Merah: Ini demonstrasi PROTES turun harga petrol.


Merah: Lagi demonstrasi PROTES turun harga petrol.


Err... warna rasmi Umno pun merah juga :(

Alamak, merah sangat la Mak Ngah!

PAS Gombak Calon Husam Sebagai Timbalan Presiden

Perwakilan muktamar PAS Kawasan Gombak hari ini mencalonkan YB Dato’ Husam Musa untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PAS di dalam Muktamar Tahunan PAS akan datang.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, PAS Gombak mencalonkan YB Dr Hatta Ramli, YB Salehuddin Ayub dan YB Dato’ Sri Nizar Jamaluddin.

Muktamar itu turut menyaksikan transformasi peralihan kuasa Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Gombak (PKG) daripada YB Dr Hatta Ramli kepada Ustaz Salehuddin Nasir.

YB Dr Hatta Ramli memegang jawatan YDP PAS Gombak selama 6 tahun semenjak mengambil alih jawatan itu daripada Ustaz Salehuddin Nasir pada tahun 2003.

Majlis perasmian muktamar kali ke 14 ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, Yang Berhormat Dato’ Sri Ir Nizar Jamaluddin di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

Seramai 340 orang perwakilan hadir pada muktamar kali ini yang turut menjadi medan para perwakilan menilai dan meluluskan laporan PAS Kawasan Gombak sesi 2008/2009 serta usul-usul.

Para perwakilan turut menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih seramai 18 orang ahli jawatankuasa kerja (AJK) PKG yang baru bagi sesi 2009 – 2011, serta perwakilan ke Muktamar PAS Pusat akan datang.

TRANSFORMASI Gombak! Total!

Seruan transformasi Gombak bersahut. (Rujuk artikel awal; Transformasi Gombak).

Muktamar PAS Kawasan Gombak kali ke 14, pada 26 April 2009, menyaksikan proses transformasi berlangsung dalam suasana yang penuh aman dan harmoni selepas penarikan diri Dr Hatta Ramli daripada pencalonan untuk merebut jawatan Yang Di-Pertua (YDP) PAS Kawasan Gombak (PKG) sekali gus memberi laluan mudah kepada Ustaz Salehuddin Nasir untuk menerajui PAS kawasan itu untuk sesi tahun 2009 – 2011.

Pengumuman yang dibuat oleh Dr Hatta di dalam ucapan alu-aluan Majlis Perasmian Muktamar PKG ternyata membuatkan para perwakilan terkejut dan meneruskan tradisi PKG yang tidak pernah menyaksikan pertandingan untuk jawatan-jawatan tertinggi peringkat kawasan itu.

Majlis perasmian muktamar kali ke 14 ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, Yang Berhormat Dato’ Sri Ir Nizar Jamaluddin di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.

Dengan terlantiknya Ust Salehuddin Nasir sebagai YDP PAS Gombak sesi 2009-2011 maka lengkaplah transformasi PAS Gombak yang dimulakan oleh Dewan Muslimat PAS Gombak pada 12 April 2009, dan Dewan Pemuda PAS Gombak seminggi kemudiannya.

Di dalam mesyuarat agung Dewan Muslimat, pemilihan sengit berlangsung apabila menyaksikan pemilihan tiga penjuru yang akhirnya transformasi berlaku apabila keputusan berpihak kepada Dr Uzaimah Ibrahim yang mendapat mandat baru sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Gombak.

Manakala di peringkat Dewan Pemuda PAS Gombak, sebagaimana di peringkat, transformasi berlangsung dengan suasana yang penuh harmoni apabila kesemua jawatan penting termasuk AJK tidak berlaku pertandingan.

Semoga transformasi ini bukan sekadar retorik semata-mata.

Ayuh bulatkan tekad, kukuhkan ukuhwah!

Apa yang penting? Kerjasama!!!

Allahuakbar!!


Antara saf kepimpinan PKG.


Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Syarhan Humaizi bersama saf kepimpinan PKG mendengar amanat yang disampaikan oleh mantan YDP Dr Hatta Ramli.



Mantan YDP, Dr Hatta Ramli sedang memberikan ucapan penggulungan.


Kemesraan antara mantan YDP dan YDP.


Kemesraan antara mantan YDP dan YDP.


YDP PAS Gombak yang baru, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ucapan penangguhan di penghujung muktamar.

23 April 2009

CADANGAN: Mahathir Jadi Calon Bebas Di Penanti

Tolak-tarik pilihan raya kecil DUN Penanti masih belum diketahui saat tulisan ini tersiar.

Alangkah bagusnya sekiranya BN tidak bertanding di sini.

Namun, Najib tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kerusi ini kepada PR.

Langkah mencalonkan Dr M sebagai calon bebas di sini merupakan langkah terbaik bagi BN supaya mudah bagi BN membasuh tangan selepas selesai pilihan raya kecil itu nanti.

Apa pun keputusan, sama ada kalah atau menang (hampir pasti kalah), mudah bagi BN mereka cipta 1001 alasan.

Mungkin cara ini juga terbaik bagi melarikan mingeletakkan bebanan kepada Dr Mahathir yang dilihat menguasai Najib, atau lebih baik lagi untuk Najib mengembalikan pengaruh.


(Nota: Logo calon ini masih tiada. Ada cadangan?)

Jika Mahathir menjadi calon bebas, sekurang-kurangnya jika kalah, tidak terlihat sangat kelemahan Najib.

Kali ini, Mahathir yang selama ini hanya bercakap, bercakap dan bercakap, bolehlah membuktikan apa yang dicakapnya praktikal.

Jadi daripada sekarang, bolehlah Dr M berfikir-fikir logo apakah yang sesuai untuk diguna pakai pada PRK Penanti nanti.

Selamat berjuang buat Dr M!

Nota 2: Mungkin selepas itu, poster di bawah ini tidak boleh digunapakai lagi.



22 April 2009

BN=Bodoh Natang!


Tindakan BeEnd Mempergunakan budak-budak PLKN di Batang Air Terkantoi!



Barisan Nasional didakwa melanggar undang-undang pilihan raya dengan menyalahgunakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Program Komuniti Belia Remaja (Y2Y) semasa kempen pilihanraya kecil Batang Ai.

Badan pemantau pilihanraya Malaysian For Free and Fair Election (MAFREL) berkata ia mempunyai bukti-bukti bergambar rekrut-rekrut PLKB dan Y2Y berseragam dikerah dalam perarakan BN semasa hari penamaan calon.

Pengerusi MAFREL Syed Ibrahim Syed Noh dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata satu laporan lengkap memperincikan penyalahgunaan sumber kerajaan oleh BN di dalam tiga pilihanraya kecil lalu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Penyalahgunaan harta kerajaan termasuklah penggunan dewan orang ramai, kenderaan kerajaan dan majlis-majlis rasmi untuk tujuan berkempen.

"Menggunakan pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semasa hari penamaan calon di dalam pilihanraya kecil Batang Air amatlah mendukacitakan," katanya.

Selain itu MAFREL turut mendakwa BN menyalahgunakan wang rakyat untuk tujuan politik di dalam pilihanraya kecil Batang Ai. BN menjanji projek-projek bernilai lebih RM175 juta termasuk pembinaan kompleks rumah polis bernilai RM58.7 juta dan lain-lain.

"Projek-projek segera dan peruntukan oleh kerajaan untuk tujuan memberi kelebihan kepada calon-calon tertentu hendaklah dihentikan kerana ini jelas menunjukkan penyalahguaan kuasa oleh pentadbir negara," tambahnya.

MAFREL telah mengemukakan cadangan-cadangannya untuk menambah-baik perjalanan pilihanraya oleh SPR termasuklah mencadangkan supaya hari pilihanraya dilakukan pada hari cuti bekerja, bilangan kehadiran polis yang begitu ramai hendaklah dikurangkan dan polis dan kerajaan hendaklah menghormati hak rakyat untuk mengadakan perhimpunan aman seperti yang telah disebutkan oleh SUHAKAM.


21 April 2009

Mengapa tidak BN melatakkan Dr. Mahathir sahaja sebagai calon? Sementara itu, Pakatan pula bolehlah meletakkan Anwar Ibrahim sebagai calon.

Jadikan Penanti sebagai medan “Mahathir vs Anwar”.

“Ketua Umum Umno” lawan Ketua Umum PKR.

Amacam? Ada berani?

Jika Khairy boleh ditukar dari pengundi Lembah Pantai menjadi pengundi Rembau dalam masa seminggu, takkan tak boleh “adjust”kan untuk “Tun” kot.

Ramai yang tertanya-tanya, bila pula S.Ganesan yang sebelum ini mengundi di Lunas bertukar menjadi pengundi di Bukit Selambau sekaligus menghalalkan beliau menjadi calon di DUN tersebut?

Jika semua ini boleh dilakukan, tak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan untuk memastikan Dr. Mahathir layak menjadi calon BN di DUN Penanti. - AminIskandar


Dr M wants to lead BN against Anwar in Penanti

KUALA LUMPUR, April 20 – Tun Dr Mahathir Mohamad is prepared to lead Barisan Nasional’s (BN) machinery for the Penanti by-election as his supporters continue to pile pressure on Umno president Datuk Seri Najib Razak to abandon his idea of skipping the expected vote in Penang.

The former prime minister believes he can defeat PKR in the stronghold of his arch-enemy Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penanti lies within Anwar’s Permatang Pauh parliamentary constituency.

And this message has been communicated by Dr Mahathir’s supporters to various BN leaders.

Yesterday, Dr Mahathir urged Najib to call off the idea of skipping the Penanti vote just a day after the new prime minister floated the idea.

Dr Mahathir argued that to concede defeat to the opposition would be a sign of weakness.

But The Malaysian Insider understands that so far, Najib and most BN leaders still think that it is counter-productive to contest the by-election in Penang.

Last week, PKR’s Fairus Khairuddin, who also resigned as Penang’s deputy chief minister amid graft allegations, resigned as Penanti assemblyman and paved the way for a by-election.

With even some in the PR camp concerned with election fatigue – Penanti will be the fifth poll since last year’s general elections – Najib began attacking the opposition for what he claimed was a waste of money in abusing the polls process for political mileage.

But PR leaders have hit back by accusing BN of cowardice.

Dr Mahathir’s remarks suggest that he fears BN and Umno may be stuck with that tag if they skipped the by-elections.

The Malaysian Insider understands that Dr Mahathir believes Anwar should not be given a free victory anywhere in the country.

The act of giving a walkover to Anwar, he feels, will have a demoralising effect on the Umno troops.

Dr Mahathir’s public remarks have, however, placed Najib in a predicament.

Accede to Dr Mahathir and he runs the risk of being labelled as being under the thumb of the former PM.

If he stands his ground, he risks getting the same kind of treatment Tun Abdullah Badawi received from Dr Mahathir, who contributed to his downfall through his unrelenting attacks on the administration.

It is understood, however, that the BN leaders are behind the Prime Minister on this issue. - Malaysianinsider

Tazkirah buat Geng-geng WAS WAS WISUFI..... :-)

Salam perjuangan Sahabat.....

Buat umat islam yang di luar sana. Umum mengetahui seharian kita mengerjakan ibadah, kita tidak memperhiraukan tentang penjagaan ibadah-ibadah wajib kita. Apabila kita teropong dengan lebih mendalam...Allahurabbi!...lompongnya ibadah kita....sekadar renungan....:-)

P/s:Kategori Video (U)

AWAS!.....Pandangan penonton di ambil kira!...(18 SGZP seram, ganas, zalim, penipu)

Pengalaman rombongan Pemuda Pas BC ke Demo PPSMI kali ni menempuh perit jerih terkena gas pemedih mata bersama ramuan pancutan air perisa asid. Serangan tentera-tentara kerajaan BN ini bertukar menjadi ganas yang teramat zalim menyerang peserta-peserta demo yang sedang berehat di dalam MASJID Negara....di ulang, MASJID Negara....zalim2.
sahabat-sahabiah.......sama-sama kita saksikan!...


p/s: Video ini tidak akan di tayangkan di media-media AMENO

20 April 2009

Teori RAHMAN Silap! Sebenarnya Teori RAHMAM

Ini susulan daripada pendedahan entri "PEMBETULAN: Kabinet Malaysia 2009" di blog ini beberapa hari lalu,

19 April 2009

TRANSFORMASI Gombak!

(Nota: Ini bukan iklan filem Transformers atau rancangan AF7)
Gambar oleh: UKJ Batu Caves
Muktamar Dewan Pemuda Kawasan Gombak (DPPG) semalam menyaksikan transformasi peringkat tertinggi apabila jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda telah bertukar tangan daripada Ust Hasbullah Ridzwan dan Sdra Khairulfahmi Matsom kepada Ust Syrhan Humaizi Abd Halim dan Sdra Azizul Abu Bakar.

Transformasi ini berikutan pelan peralihan kuasa yang teratur berikutan pengunduran kedua-dua tokoh pemuda yang telah berkhidmat sebagi ketua dan timbalan ketua selama kira-kira 10 tahun semenjak 2000.

Peralihan kuasa berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni tanpa sebarang pertandingan di peringkat ketua, timbalan ketua, dan naib ketua meneruskan tradisi syura yang telah dipraktikkan beberapa sesi kepimpinan DPPG.

Muktamar kali ini bukan hanya menyaksikan tiada pertandingan di peringkat tertinggi, malah buat julung-julung kalinya juga turut menyaksikan kesemua calon ahli jawatankuasa (AJK) DPPG turut menang tanpa bertanding.

Ini berikutan 12 daripada 20 calon yang layak bertanding menarik diri daripada pemilihan.

Seminggu sebelum itu, turut berlaku transformasi di peringkat Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) apabila Dr Azimah Ibrahim memenangi pemilihan ketua sayap itu di dalam Mesyuarat Agung DMPG yang turut berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar.

Beliau memenangi undi tertinggi di dalam pertandingan tiga penjuru di dalam mesyuarat berkenaan.

Adakah transformasi seterunya yang bakal berlaku?

Kita nantikan jawapannya seminggu daripada sekarang!

Bingkisan Untuk Pejuang

Persembahan multimedia yang ditayangkan pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) pada 19 April 2009.

1. Aktiviti-aktiviti DPPG sepanjang sessi 2008/2009.


2. Penghargaan Istimewa buat Ustaz Hasbullah Ridzuan dan Sdra Khairulfahmi Matsom yang telah menerajui Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai Ketua dan Timbalan Ketua selama sepuluh tahun semenjak 2000 hingga 2009.

TAHNIAH Buat Pemuda PAS UKJ Batu Caves

Gambar oleh: UKJ Batu Caves
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh tenaga kerja pemuda PAS Bau Caves yang telah menggondol anugerah UKJ terbaik sessi 2008/2009, yang telah disempurnakan oleh Ustaz Hasbullah Ridzuan pada Mesyuarat Agung Pemuda PAS Gombak pada 19 April 2009 di Markaz tarbiah PAS Taman Melewar.

Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan buat seluruh Unit Kerja Jemaah (UKJ) PAS BAtu Caves yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam aktiviti-aktiviti Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) sepanjang sesi 2008/2010.

Ia akan menjadi satu suntikan semangat buat seluruh ahli usrah UKJ untuk meningkatkan komitmen pada masa-masa akan datang.

Diharapkan UKJ-UKJ lain akan mengikut jejak langkah UKJ Batu Caves :)

PEMBETULAN: Kabinet Baru Malaysia 2009

PEMBETULAN: Kabinet Baru Malaysia 2009
www.pemudapasbc.blogspot.com

Dato' Seri Najib telah mengumumkan barisen kabinet baru yang dikenali sebagai kabinet rakyat baru-baru ini. Namun ada sedikit kesilapan pada poster atau gambar yang dicetak di dada-dada akhbar.

Berikut adalah senarai barisan kabinet 2009 yang baru beserta gambar-gambar menteri yang betul selepas dibuat pembetulan;


http://pemudapasbc.blogspot.com

11 April 2009

"Pesta Sukan Bolasepak & Bola Jaring PASTI Gombak 2009"

Gambar oleh: UKJ Batu Caves

Pesta Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Gombak berlangsung dengan penuh meriah pada 11 April lalu bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Bolton. Acara dwi tahunan ini merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum PASTI yang bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kecerdasan mental serta fizikal para pelajar.


Program yang dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ust Hasbullah Mohd Ridzwan disertai oleh 14 buah PASTI Kawasan Gombak.

Selain memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar, pesta sukan ini juga mampu melahirkan bakat dan bintang dalam sukan yang disertai samada bolasepak dan bolajaring. Ini terbukti dengan kemunculan Adik Najmuddin dari PASTI Ummu Aiman, Taman Permata yang berjaya menjaringkan lebih 40 gol dalam perlawanan bolasepak tersebut.

PASTI Ummu Aiman berjaya mendapat johan dalam kategori bolasepak manakala PASTI Al Qamar meraih tempat kedua. Kategori bolajaring pula di menangi oleh PASTI Ehsan dan naib johan ialah PASTI Ilmi Taman Permata.

08 April 2009

Rakyat tolak politik kotor BN



Nizar Menang..!! Rakyat tolak politik kotor BN dengan majoriti 2789 undi PAS 21860, BN 19071, Bebas 62 undi

Bersyukur kehadrat Allah SWT setelah kita semua bertungkus-lumus berusaha akhirnya dengan keizinan-Nya, Parti Islam SeMalaysia (PAS) dianugerahkan kemenangan dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang melalui calon parti, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

07 April 2009

Pilihanraya Kecil Bkt Gantang P.059

Orang ramai mula keluar mengundi dan penyokong PR memberi sokongan kepada pengundi yang datang di sekitar pengundian pilihanraya Bukit Gantang P.059, Mohammad Nizar Calon PAS.